Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bimbing wanita pendapatan rendah bagi penuhi permintaan penjagaan warga emas

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



LEBIH daripada 80 wanita berpendapatan rendah akan menjalani program latihan dan penempatan oleh pertubuhan amal Daughters of Tomorrow (DOT) demi memenuhi keperluan meningkat bagi pusat penjagaan warga emas di Singapura.



Program Penjagaan Warga Emas selama dua tahun yang dibiayai bersama oleh Yayasan Masyarakat Singapura (CFS), Yayasan Ishk Tolaram dan Yayasan Kewal Ramani itu akan memberi tumpuan terhadap mempertingkat kemahiran wanita daripada keluarga yang meraih kurang daripada $650 setiap kapita sebulan untuk kerja penjagaan, menurut DOT dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Pengarah Eksekutif DOT Fannie Lim berkata pada 2016, pertubuhan itu mengenal pasti kekurangan besar tenaga kerja tempatan dalam sektor penjagaan warga emas dan pada masa yang sama mendapati bahawa ramai wanita berpendapatan rendah secara semula jadi menjadi penjaga disebabkan pengalaman mereka menjaga ahli keluarga.



"Kami menghargai sokongan berterusan ini yang datang tepat pada waktunya kerana kesan Covid-19 telah memburukkan lagi ketidakstabilan kewangan kumpulan yang kurang bernasib baik.



"Justeru ia penting bagi kami untuk terus melatih dan menempatkan wanita dalam sektor ini supaya mereka dapat membina 'jaring' keselamatan kewangan lebih kuat sambil memenuhi keperluan penduduk Singapura yang menua," katanya.



Industri penjagaan warga emas Singapura merupakan sektor yang berkembang pantas disebabkan penduduknya yang menua dengan pesat, kata DOT.



Menurut Jabatan Statistik, jumlah warga Singapura berusia 65 tahun dan ke atas dijangka naik kepada sekitar 23.7 peratus menjelang tahun 2030, sementara jumlah mereka berusia 80 tahun dan ke atas juga telah hampir berganda sepanjang dekad lalu.



DOT akan menyediakan Bengkel Penjagaan Warga Emas Masyarakat asas di mana calon yang berminat akan dibimbing tentang bekerja dalam industri penjagaan kesihatan Singapura dan keadaan yang biasanya dikaitkan dengan warga emas.



Peserta akan diberikan khidmat penjagaan anak-anak sepanjang latihan untuk memberi para ibu lebih akses untuk mempertingkat kemahiran mereka.



Mereka kemudian akan menjalani Bengkel Latihan Penjaga dari pusat latihan disahkan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk mempelajari kemahiran praktikal yang diperlukan untuk membantu golongan warga emas dalam kegiatan harian mereka.



Menerusi program ini, lebih ramai wanita akan mempunyai akses lebih baik kepada peluang mata pencarian yang mampan dan lantas dapat menyara keluarga mereka, kata DOT.




"Kami menghargai sokongan berterusan ini yang datang tepat pada waktunya kerana kesan Covid-19 telah memburukkan lagi ketidakstabilan kewangan kumpulan yang kurang bernasib baik. Justeru ia penting bagi kami untuk terus melatih dan menempatkan wanita dalam sektor ini supaya mereka dapat membina 'jaring' keselamatan kewangan lebih kuat sambil memenuhi keperluan penduduk Singapura yang menua."
- Pengarah Eksekutif DOT Fannie Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >