Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program cegah demensia idea mendiang isteri SM Teo meluas seluruh negara

Gabung pendidikan kesihatan, seni, muzik, terapi hortikultur, kegiatan fizikal
May 11, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM pencegahan demensia yang dicadangkan oleh mendiang isteri Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, kini berkembang menjadi program seluruh negara yang menggabungkan pendidikan kesihatan, seni, muzik, terapi hortikultur dan kegiatan fizikal.



Program Menua Dengan Baik Setiap Hari, atau Age Well Everyday (AWE), telah melatih lebih 110 sukarelawan mendekati lebih ramai warga emas.



Secara keseluruhan, lebih 3,000 warga emas mendapat manfaat daripada program itu.



Sekitar 8,000 individu juga telah mendaftar dan mendapat manfaat daripada pelbagai modul penjagaan kesihatan melalui kursus latihan e-pembelajaran AWE yang dilancarkan pada 2018.



Program itu disebut dalam sebuah buku bertajuk Ageing With Dignity, yang ditulis penyelidik dan sukarelawan program tersebut.



Berucap pada pelancaran buku itu semalam, Encik Teo mengucapkan terima kasih kepada Pusat Sains Minda, Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), yang menerbitkan buku tersebut; penyuntingnya, Encik Kua Ee Heok dan Cik Rathi Mahendran; penyumbang dan mereka yang membantu menerbitkan buku berkenaan.



Encik Teo berkata pada masa ini terdapat lapan pusat yang menjalankan program AWE.



Beliau menambah:



"Program ini direka untuk melambatkan kemerosotan kognitif, mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan keramahan, dan dengan berbuat demikian membantu melambatkan permulaan demensia dan meningkatkan mutu hidup warga emas."



Encik Teo memberi penghormatan kepada Pusat Sains Minda NUHS dan program AWE sambil berkata mereka sentiasa mendapat tempat istimewa di hati mendiang isterinya, Cik Teo Poh Yim.



Cik Teo meninggal dunia pada Oktober tahun lalu, berumur 67 tahun.



Bercakap kepada pasukan Pusat Sains Minda NUHS dan mereka yang telah menyumbang kepada program AWE, Encik Teo berkata:



"Beliau sangat percaya pada misi anda dan kerja anda, dalam membantu kedua-dua golongan muda dan orang tua untuk membangunkan perspektif positif tentang penuaan, dan pada potensi untuk mengubah kehidupan orang ramai melalui penyelidikan berasaskan bukti yang rapi dan program komuniti berstruktur.



"(Saya dan keluarga saya) berbesar hati kerana buku ini telah didedikasikan untuk mengenang Poh Yim."



Encik Teo berkata antara semua penyakit, demensia adalah ketujuh dalam penyebab utama kematian, dan salah satu punca utama hilang upaya dan kebergantungan dalam kalangan warga emas di seluruh dunia.



Beliau berkata di Singapura, satu daripada 10 warga emas berumur 60 tahun ke atas menghidap demensia.



"Dengan peningkatan jangka hayat dan penduduk kita yang semakin menua, kita menjangkakan bilangan orang yang mengalami keadaan ini akan meningkat.



"Oleh itu, penting meningkatkan kesedaran tentang demensia dan meningkatkan sokongan kepada orang yang menghidap penyakit ini dan penjaga mereka," katanya.



Mengenai pentingnya buku tersebut, Profesor Kua berkata:



"Terdapat banyak perkara negatif tentang penuaan. Mungkin ada yang beranggapan orang tua membebankan masyarakat.



"Tetapi apa yang kita mahu orang tahu ialah orang tua memainkan peranan besar dalam negara. Jadi, maruah bagi mereka sangat penting."



Buku berharga $35 (tidak termasuk GST) boleh didapati di kedai-kedai buku utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >