KAHWIN MUDA
Program demi bantu bahtera rumah tangga belayar sejahtera
May 08, 2016 | 05:30 AM
SEBAGAI sebahagian daripada usaha membantu pasangan muda - salah seorang berusia bawah 21 tahun - yang ingin melayari bahtera perkahwinan, program pasangan muda (YCP) dilakarkan.
Di bawah program dengan kerjasama Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) itu pasangan perlu menghadiri kaunseling.