Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program disesuai profil estet, turut dekati keluarga flat sewa

Aug 11, 2019 | 05:30 AM



SIRI bengkel keusahawanan, program membina rangkaian dengan karyawan untuk belia, serta ceramah rumahtangga merupakan antara program baru akan datang untuk penduduk Melayu/Islam di kawasan Marsiling-Yew Tee.



Antara acara lain termasuk bengkel memupuk minat budaya Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah, serta program menggalakkan bahasa Melayu menerusi Bulan Bahasa, yang akan berlangsung bulan depan.



Pelbagai acara itu ditawarkan di bawah rangkaian M Kuasa Tiga (M3) yang menggabungkan tenaga masyarakat serta Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



M3@Marsiling-Yew Tee, satu daripada lapan M3@Bandar di serata Singapura, telah dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai lalu.



Sedang pelbagai M3@Bandar lain mempunyai tumpuan mereka sendiri, M3@Marsiling-Yew Tee pula memberi perhatian kepada isu keluarga, keibubapaan, pendidikan awal serta bimbingan belia.



Kegiatan baru M3@Marsiling-Yew Tee akan bermula hujung tahun ini atau awal tahun depan.



Program yang diatur itu juga mengambil kira profil penduduk di kawasan itu, kata penasihat akar umbi Marsiling, Encik Zaqy Mohamad, yang juga Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia).



"Ini merupakan satu usaha besar-besaran untuk menyampaikan program khusus kepada empat divisyen (di GRC Marsiling-Yew Tee) berdasarkan keperluan penduduk, dan bekerjasama dengan pelbagai agensi relevan untuk memberi sokongan keibubapaan, keluarga, pembangunan belia, integrasi semula bekas pesalah, dan pendidikan," kata Encik Zaqy.



Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang itu juga merupakan penasihat akar umbi Keat Hong di Chua Chu Kang.



Beliau satu-satunya AP yang ditugaskan untuk menyelia dua kejiranan - Marsiling dan Keat Hong.



Sejak Puan Halimah Yacob mengundur diri sebagai AP GRC Marsiling-Yew Tee untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden pada 2017, Encik Zaqy menggantikan beliau sebagai penasihat akar umbi di divisyen Marsiling.



Marsiling merupakan antara estet dengan bilangan flat sewa paling tinggi di Singapura, dengan penduduk minoriti membentuk 40 peratus daripada penduduk, lebih tinggi daripada purata nasional.



Kelab Masyarakat Marsiling juga merupakan antara kelab masyarakat (CC) pertama untuk merintis Program KelasMateMatika@CC, yang bertujuan meningkatkan kemahiran matematik dalam kalangan kanak- kanak prasekolah.



Program itu turut mendekati ibu bapa untuk meningkatkan keyakinan mereka bagi persiapan darjah satu.



Sebelum ini, program itu digelar Tiga M - singkatan bagi Maju Minda Matematika - dan diperkenalkan Mendaki pada 2002.



Kini, program itu dipertingkat dan dikendalikan di CC untuk mendekati lebih ramai keluarga dengan kanak-kanak tadika.



Program tersebut juga merupakan antara pelbagai program yang dijalankan secara tetap untuk membantu penduduk Marsiling secara menyeluruh.



Encik Zaqy berharap pendekatan menyeluruh yang memberi tumpuan kepada keluarga itu akan membantu golongan kurang bernasib baik dan memupuk mobiliti sosial, atau kebolehan untuk berjaya tidak kira latar belakang.



Ini memerlukan pendekatan pelbagai sudut, dengan bantuan daripada masyarakat, agensi pemerintah, badan kebajikan sukarela serta sukarelawan korporat, untuk memperkukuh keluarga dan membantu mereka untuk berjaya, kata Encik Zaqy lagi.



Program KMM@Marsiling itu juga sebahagian daripada program lebih luas yang digelar Marsiling Cares dan dilancarkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Mac lalu.



Marsiling Cares merupakan inisiatif yang dijalankan rakan kerja masyarakat bersama akar umbi bagi menyokong penduduk Marsiling lain. Ia menyatukan program lain seperti Pengakap Masyarakat (pembinaan keyakinan), Kelas Progress (bimbingan dan tuisyen), dan Pautan Masyarakat (meningkatkan keluarga yang mempunyai anak-anak kecil).



Kini, rangkaian M3@Marsiling-Yew Tee akan memperkukuh usaha tersebut.



Sekitar 30 sukarelawan akar umbi serta karyawan merangkumi mereka daripada sektor perubatan, perhubungan dan pendidikan tampil menyumbang tenaga dan idea kepada M3@Marsiling-Yew Tee.



Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Cik Rahidah Mohd Noor, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Marsiling.




M3@Marsiling-Yew Tee



"Ini merupakan satu usaha besar-besaran untuk menyampaikan program khusus kepada empat divisyen (di GRC Marsiling-Yew Tee) berdasarkan keperluan penduduk, dan bekerjasama dengan pelbagai agensi relevan untuk memberi sokongan keibubapaan, keluarga, pembangunan belia, integrasi semula bekas pesalah, dan pendidikan."
- Encik Zaqy Mohamad, penasihat akar umbi Marsiling yang juga Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia).




KEGIATAN M3@MARSILING-YEW TEE



KelasMateMatika@CC



- Asah kemahiran matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, dan dekati ibu bapa untuk perkasa mereka mempersiap anak untuk Darjah Satu



Akan datang:



- Bulan Bahasa (September ini): Galakkan penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat sambil perkukuh rangkaian antara sekolah, pelajar dan guru



- Apa Kata Tok Kadi (Disember ini): Ceramah perkukuh rumahtangga



- Makmal Pembelajaran (awal 2020): Bengkel pupuk minat budaya Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah



- Bengkel Keusahawanan Belia (awal 2020)



- Bengkel oleh karyawan industri untuk kongsi pandangan dengan belia yang minati keusahawanan



- Siri 'Talk to a Pro' (awal 2020): Program cetus inspirasi belia dan karyawan muda untuk bina rangkaian dan bertukar pandangan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >