Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program DPPMS perkasa peniaga untuk bangkit selepas pandemik: Masagos

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah menunjukkan kemajuan baik sepanjang tahun lalu.



Malah, program-program mereka khususnya sepanjang tempoh-tempoh sukar ketika dicabar Covid-19 telah membantu memperkasa usahawan Melayu/Islam kita yang kini bangkit lebih kukuh selepas pandemik.



Beliau berkata demikian dalam catatannya di Facebook semalam selepas bertemu dengan beberapa anggota DPPMS baru-baru ini bersama Anggota Parlimen (AP) Encik Saktiandi Supaat dan Dr Wan Rizal Zakariah, serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki Cik Zuraidah Abdullah.



Para anggota DPPMS yang ditemui termasuk anggota sayap muda, Aspire@DPPMS dan sayap wanita, Dewi@DPPMS.



"Aspire@DPPMS aktif memupuk semangat keusahawanan di kalangan golongan muda melalui program-program jangkauan di sekolah-sekolah termasuk madrasah. Kita mesti terus membangunkan keusahawanan belia dalam masyarakat kita kerana ia boleh melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk membangunkan idea-idea yang relevan untuk tenaga kerja pada masa hadapan,'' katanya.



Beliau juga mengalu-alukan usaha Dewi@DPPMS menyokong golongan wanita untuk memulakan, mengendalikan dan mengembangkan perniagaan mereka.



"Memperkasa wanita kita melalui perniagaan dan membantu usahawan wanita untuk berjaya adalah penting kerana mereka boleh menjana pendapatan, meningkatkan taraf kehidupan keluarga, memperoleh autonomi ekonomi dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi Singapura,'' tambah beliau.



Beliau menggalakkan DPPMS untuk terus bekerja rapat dengan badan-badan M Kuasa Tiga (M³) untuk mendidik masyarakat Melayu/Islam agar celik soal-soal kewangan dan menggalakkan budaya keusahawanan dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >