Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara galak ibu bapa dan anak-anak membaca dilancarkan

Oct 02, 2022 | 05:27 PM



SEBUAH acara membaca baru -  Amazing Read @ Heartlands - untuk memupuk tabiat dan rasa cinta terhadap membaca dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak mereka telah dilancarkan hari ini.





Menurut Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, sejumlah 500 keluarga dijangka menyertai acara baru itu, yang akan dilancarkan pada 16 Oktober nanti di 11 M Kuasa Tiga (M3)@Bandar sempena bulan Raikan Ilmu, anjuran Yayasan Mendaki.


Selain itu, Mendaki juga akan membawa acara digital ke dalam masyarakat dengan kerjasama syarikat teknologi, seperti Microsoft dan Google, supaya keluarga boleh menimba kemahiran digital termasuk pengekodan.


“Ini satu inisiatif di mana kita mahu anak-anak kita bersedia untuk masa depan dan juga selesa dengan arena digital, kerana pekerjaan dan juga pembelajaran akan datang semua akan mempunyai asas digital,” kata beliau ketika ditemui Berita Harian di majlis penyampaian Anugerah Mendaki hari ini.


Seramai 480 pelajar telah diiktiraf dalam majlis penyampaian Anugerah Mendaki yang diadakan hari ini dan semalam di Pusat Kebudayaan Universiti, Universiti Nasional Singapura (NUS).


Antara anugerah yang disampaikan termasuk Anugerah Mendaki, Anugerah Gemilang Mendaki dan Anugerah Pencapaian Khas bagi Kecemerlangan (Bukan Akademik).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >