Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Grab galak, sebar maklumat vaksinasi

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



GRAB akan melancarkan satu program bertujuan meningkatkan akses kepada vaksin dan pendidikan untuk semua pihak berkepentingan dalam wadahnya.



Menurut kenyataannya semalam, program itu akan termasuk pelbagai langkah bagi menggalak semua penumpang, pemandu dan rakan penghantaran mendapatkan vaksin.



Syarikat itu juga akan bekerja rapat dengan pemerintah di rantau ini untuk menawarkan perhubungan dan sokongan logistik bagi rancangan vaksin negara menerusi rangkaian kenderaannya dan aplikasi pengguna.



Antara lain, Grab komited untuk memberi subsidi bagi kos vaksin Covid-19 untuk pemandu dan rakan penghantaran yang tidak diliputi oleh program vaksinasi nasional percuma.



Ia juga akan melanjutkan polisi insurans cuti sakit lanjutan kumpulan bagi meliputi potensi kehilangan pendapatan oleh rakan pemandu ekoran kesan sampingan daripada vaksin itu serta membiayai kos vaksin semua kakitangan Grab dan keluarga terdekat yang tidak diliputi skim vaksinasi nasional.



Grab bermatlamat untuk memastikan semua pekerja, pemandu dan rakan penghantaran Grab menerima vaksin menjelang akhir 2022, jelas kenyataan itu.



Syarikat itu juga bertujuan bekerja rapat dengan pemerintah-pemerintah bagi menyediakan maklumat penting vaksinasi agar menangani cabaran salah maklumat dan merangsang keyakinan awam tentang vaksin Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >