Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program IB Madrasah Aljunied buka peluang luas bagi pelajar

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM Diploma International Baccalaureate (IBDP) yang diperkenal di Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada 2019 merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar prauniversiti.



Ia berjaya meraih keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan IBDP tahun lalu, dengan seramai 25 pelajar madrasah itu lulus dengan keputusan mata purata 34.8 mata, meski ia penyertaan sulung.



Keputusan mata purata yang dicapai lebih tinggi daripada keputusan global 29.81 mata, setaraf keputusan purata nasional 34.83 mata.



Program tersebut juga merupakan antara usaha untuk melengkapkan pemimpin agama masa depan dan cendekiawan bagi abad ke-21 yang lebih terdedah kepada topik keagamaan dan kontemporari serta keupayaan untuk melihat isu daripada perspektif lebih luas, menurut mudirah, Cik Khairiana Zainal Abiden.



Dengan adanya pensijilan IBDP, di samping Diploma Aliyah yang dianugerahkan oleh madrasah itu, ia akan meningkatkan peluang pelajar untuk melanjutkan pendidikan di kededua universiti Islam tradisional dan institusi pengajian tinggi lain yang menerima diploma IB sebagai kriteria kemasukan.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >