Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program kebajikan Courts bagi golongan memerlukan

Feb 08, 2019 | 05:30 AM



COURTS Singapura semalam melancarkan program kebajikan yang bertujuan menguruskan derma perabot rumah kepada golongan yang memerlukan.



Program itu juga memberi peluang kepada kakitangannya berkhidmat secara sukarela sepanjang tahun.



Courts, gedung perabot dan elektronik, meraikan ulang tahun ke-45 di Singapura tahun ini dengan melancarkan kerjasama kebajikan selama setahun dengan badan kebajikan setempat Persatuan Khidmat Jagaan Masyarakat (CCSS).



Bergelar Program Rumah Kebajikan, kerjasama itu membolehkan kakitangan Courts menjadi relawan dan menghulur bantuan - kepada benefisiari utama CCSS, iaitu warga tua dan kanak-kanak - pada musim perayaan utama, seperti Tahun Baru Cina.



Bercakap kepada The Business Times, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Courts Singapura, Encik Ben Tan, berkata syarikat itu telah menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di Singapura sejak dahulu lagi, tetapi kini akan berbuat demikian di bawah program rasmi.



"Adalah bak semula jadi bagi kami menghulur bantuan dengan cara yang boleh mendatangkan kesan paling mendalam dengan mendermakan perabot dan peralatan elektronik," ujar Encik Tan.



Menambah, Encik Tan melahirkan harapan agar usaha ini boleh diteruskan dan mendatangkan kesan yang bermakna kepada masyarakat.



Menjelang perayaan Tahun Baru Cina ini, 22 individu lebih berusia yang berpendapatan rendah dan tinggal seorang diri di rumah sewa di kawasan MacPherson telah diminta memberitahu Courts tentang perabot dan peralatan elektronik yang diidamkan mereka.



Justeru, Courts menghadiahkan perabot dan peralatan elektronik itu kepada golongan yang memerlukan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >