BELANJAWAN 2019
Program kerja sambil belajar institut tinggi disatukan, majikan terima biaya hingga 70%
Feb 19, 2019 | 05:30 AM
KESEMUA program bekerja sambil belajar di dalam dan luar negara bagi pelajar institut pengajian tinggi (IHL) telah disatukan di bawah program tunggal dikenali sebagai Program Bakat Global (GRTP).
Di bawah program itu, sokongan pembiayaan tambahan diberikan kepada pelajar yang bekerja sambil belajar dengan firma Singapura di luar negara.