Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program khidmat jagaan bagi pesalah, keluarga akan dipertingkat

Langkah diambil demi pastikan kurikulum pembelajaran agama di penjara lebih berstruktur
Feb 27, 2020 | 05:30 AM



PROGRAM Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) akan melalui penambahbaikan demi memastikan kurikulum pembelajaran agama di penjara lebih berstruktur.



Dalam kurikulum penjagaan dalam penjara yang dipertingkat itu, Fitrah mempunyai Kurikulum Induk yang merangkumi khutbah Jumaat, perbincangan khutbah, pengajian Al-Quran dan syarahan, menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Setiap komponen itu dikaitkan dengan 10 nilai kehidupan dan sosial yang bertujuan membantu pesalah mengubah sikap mereka.



Fitrah, dengan kerjasama Pejabat Mufti juga menghasilkan khutbah khas bagi banduan yang merangkumi perihal termasuk hubungan keluarga, motivasi dan kemahiran keibubapaan.



Kali pertama diumumkan oleh Muis pada Mei 2019, program tersebut adalah usaha kerjasama tiga badan M Kuasa Tiga (M3) - Muis, Mendaki dan Mesra - bersama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Khidmat Penjara Singapura (SPS).



Pembaharuan program itu disentuh Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram di Penjara Changi semalam ketika mengadakan ceramah bersama 45 pesalah.



Bagi Syed (bukan nama sebenar), semalam merupakan kali pertama dia mendengar 'syarahan'.



Itu pun bukan di masjid tetapi dalam Penjara Changi.



"Kat luar saya tak pernah pergi syarahan. Pada saya syarahan tu satu benda yang mengantukkan, tapi apabila saya datang untuk ini, ini pengalaman baru," akuinya ketika ditemui.



Syed merupakan antara 45 pesalah yang berpeluang menghadiri ceramah tersebut.



"Dapat jumpa semuka, dapat dengar suara dan tanya soalan lagi, saya bersyukurlah dapat pengalaman ini," tambahnya.



Menurutnya, dua ayat Al-Quran yang dikongsi Mufti merupakan perkara paling bermakna yang digarap daripada ceramah tersebut, dan mahu terus dipelajari dan dihafalnya.



Dalam ceramah lebih sejam itu, Dr Fatris berkongsi beberapa ayat Al-Quran yang beliau galakkan pesalah pelajari dan fahami dengan lebih mendalam lagi, serta menjadikannya pegangan dan panduan.



Ini termasuk Surah Taha: 1-8 dan Surah Al-Isra': 80-82.



"Jangan sombong dengan diri kita sendiri, jangan kata 'aku tak perlu Tuhan, tak perlu bimbingan'.



"Akui kelemahan diri dan mintak pertolongan daripada Allah swt," pesan Dr Fatris semasa ceramah itu.



Beliau turut meluangkan sedikit masa mengadakan sesi soal jawab dengan pesalah selepas ceramahnya itu.



Turut hadir pada acara semalam ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, yang memuji usaha Dr Fatris mendekati pesalah dan membimbing mereka.



"Saya berbangga masyarakat kita mempunyai Mufti seperti Dr Fatris Bakaram. Pada saat-saat akhir sebagai Mufti, beliau sempat melapangkan masa buat mereka yang sangat memerlukan, yang merasa keseorangan dan tertekan dan mungkin rasa terpinggir.



"Beliau memberi kata-kata perangsang dan berkongsi doa-doa kepada mereka yang meminta bimbingan.



"Sepanjang khidmatnya sebagai Mufti, bertahun-tahun beliau ke sini dan saya rasa inilah ukuran (kebesaran hati) orangnya," ujar Encik Amrin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >