Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program kongsi payung untuk seberang jalan sewaktu hujan di Sembawang

Dec 31, 2017 | 05:30 AM



CUACA hujan yang sering menjadi hambatan untuk ramai penduduk apabila menyeberang jalan ke stesen MRT Sembawang atau pusat tukaran bas, kini terlerai sudah.



Ini selepas sekumpulan empat pelajar Politeknik Republic menghasilkan idea berkongsi payung, yang diberi nama "Sharella" sebagai projek tahun akhir mereka.



Dengan kerjasama divisyen Kerjasama Masyarakat Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), kumpulan empat pelajar tersebut telah menghasilkan inisiatif yang menyediakan sistem perkongsian payung bagi kawasan untuk menyeberang yang tidak berteduh.



Inisiatif itu dirintis oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Canberra, Gambas dan Sembawang pada Julai 2017 dan inisiatif itu akan diperluaskan, menurut kenyataan Pejabat Kawasan Undi Gambas semalam.



Penduduk dari tujuh estet kejiranan dijangka meraih manfaat daripada peluasan inisiatif itu nanti.



Inisiatif berkenaan dirasmikan Menteri Penyelarasan Prasarana merangkap Pengangkutan yang juga Penasihat Persatuan Akar Umbi Sembawang, Encik Khaw Boon Wan; Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) merangkap Menteri Kedua Pertahanan dan juga Penasihat Persatuan Akar Umbi Gambas, Encik Ong Ye Kung dan Penasihat Akar Umbi kepada Persatuan Akar Umbi Canberra, Dr Lim Wee Kiak.



Di bawah usaha itu, dua rak payung ditempatkan di setiap bahagian jalan yang bertentangan.



Ini bagi membolehkan para penduduk meminjam payung untuk menyeberang jalan tidak berteduh dan kemudian memulangkan semula di rak yang terletak di jalan bertentangan.



Pengerusi CCC Gambas, Encik Goh Peng Hong berharap dapat menggalak semangat kejiranan di kalangan penduduk.



"Kejayaan inisiatif ini bergantung kepada sokongan penduduk untuk berkongsi dan memulangkan payung.



"Kami memohon agar penduduk bersikap sivik dan bekerjasama dan memupuk semangat kejiranan di kalangan mereka," ujarnya.



Dengan melaksanakan projek oleh para pelajar, diharapkan ia dapat menggalak penduduk memainkan peranan lebih aktif dalam menghuraikan isu-isu setempat.



Encik Goh turut melahirkan harapan agar syarikat seperti New Moon, yang telah menderma sebanyak 1,000 payung untuk inisiatif itu agar tampil ke depan dan menyokong inisiatif setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >