Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program latihan baru bagi lebih 1,000 karyawan, PMET dilancar

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



FIRMA runding cara pengurusan global Boston Consulting Group (BCG) bersama SkillsFuture Singapura (SSG) telah melancarkan program bagi memberi latihan baru kepada lebih 1,000 karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).



Program Peningkatan Kemahiran Pesat & Mendalam (RISE) itu sebahagian daripada Latihan Syarikat-Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited.



Program RISE selama enam bulan itu akan memberi tumpuan kepada tiga domain pekerjaan digital utama dan melengkapkan pelatih dengan kemahiran 'biztech', menggabungkan kedua-dua kemahiran perniagaan dan digital yang sangat dicari-cari oleh majikan, kata BCG dan SSG dalam satu kenyataan bersama semalam.



Pelatih boleh memilih salah satu daripada tiga laluan yang ditawarkan oleh BCG iaitu analitik data dan perniagaan, pemasaran dan penjualan digital, serta transformasi digital dan pengurusan perubahan.



Setelah selesai mengikuti program itu, mereka akan dapat beralih kepada peranan pekerjaan seperti penganalisis data, pakar pemasaran digital, pengurus program digital, eksekutif e-dagang dan penganalisis Pejabat Pengurusan Projek.



Pelatih juga akan meraih pengalaman projek dengan syarikat sebenar.



Mereka akan mendapat peluang belajar daripada pakar industri dan pengamal.



Pelatih akan menerima elaun latihan bulanan sebanyak $1,500 sepanjang program itu berlangsung.



Setelah tamat program, lulusan yang berjaya akan dibantu BCG untuk mendapat kerja.



Menurut BCG dan SSG, lebih 20 rakan industri terkemuka sedang bekerjasama dengan BCG untuk membantu memaksimumkan daya kerja bagi pelatih sama ada dalam bentuk projek, kerja sambil belajar ataupun dimudahkan mendapat kerja dalam peranan perniagaan dan digital.



Sejauh ini, beberapa syarikat telah mengesahkan penyertaan mereka dalam program itu termasuk UOB, Perbadanan Pembangunan Sentosa dan JobStreet.



BCG dan SSG juga berkata program itu telah menarik minat ramai sejak pendaftaran dibuka Disember tahun lalu.



Pemohon termasuk karyawan pertengahan kerjaya dengan pengalaman perniagaan dan pengurusan merentas pelbagai industri seperti perdagangan borong, kewangan dan ICT, yang ingin memajukan kerjaya mereka menerusi kemahiran digital yang mendapat permintaan tinggi.



Program RISE berharga $500 setelah dipotong subsidi daripada SSG dan pelatih yang layak dapat membiayai kos itu menggunakan Kredit SkillsFuture mereka.



Program RISE dibuka kepada pencari kerja pertengahan pekerja Singapura dan Penduduk Tetap dan pendaftaran boleh dibuat di laman https://rise.bcg.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >