Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FESTIVAL DIGITAL SEPANJANG HAYAT

Program latihan digital tarik minat pembaca BH

May 22, 2022 | 05:30 AM



PELUANG menyertai gerakan nasional Digital Sepanjang Hayat (DfL) serta usaha memperkaya kehidupan melalui digital menarik perhatian ramai pembaca akhbar ini.



Laporan Berita Harian tentang program latihan yang disediakan Pejabat Digital SG (SDO) seperti Seniors Go Digital baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada pembaca menerusi dalam talian.



Laporan tersebut bukan sahaja dikongsi beberapa kali di laman Facebook tetapi juga mengundang ramai orang meninggalkan komen, dengan kebanyakan mereka menyuarakan hasrat ingin menyertai program digital yang disediakan serta bertanya bagaimana mereka boleh mengikutinya.



Antara mereka termasuk pengguna bernama Alimah Ahmad, yang berkata:



"Terbaik, ilmu (ini) harus dipelajari mereka yang tidak mahir menggunakan telefon bijak."



Laporan bertajuk Dakap dan timba ilmu digital di Festival Digital Sepanjang Hayat itu juga memaparkan kisah Cik Whatini Idris, 68 tahun, yang rasa lebih bebas dan yakin menggunakan e-khidmat seperti HealthHub dan myCPF selepas menyertai program Seniors Go Digital.



Cik Whatini telah mendapat tahu tentang program tersebut menerusi akhbar.



Beliau kemudian mendapatkan bantuan daripada Duta Digital di Kelab Masyarakat Hong Kah North untuk mendaftarkan diri buat program tersebut.



Tambahnya, beliau sebelum ini mendapati sukar untuk menggunakan perkhidmatan elektronik pemerintah dan juga fungsi asas di telefon bijaknya.



Menerusi gerakan nasional DfL ini, semua rakyat Singapura digalak turut serta dalam masa depan digital, mendakap digital sepanjang hayat, memperkaya kehidupan melalui digital dan melahirkan usaha menimba ilmu digital sepanjang hayat.



Sejajar dengan usaha itu, Festival DfL yang sedang berlangsung sekarang hingga 29 Mei menawarkan pelbagai program dan kegiatan menarik untuk membolehkan warga Singapura daripada pelbagai latar belakang untuk belajar, teroka dan diperkaya dengan manfaat teknologi digital.



Selepas menyertai kegiatan dan program ini, peserta digalak menyumbang dalam bentuk derma atau menyumbang masa dan kemahiran mereka untuk menyokong gerakan nasional ini.



Lebih 110 rakan kerja telah bersatu untuk menganjurkan kegiatan serta mendekati masyarakat bagi festival tersebut.



Mereka termasuk Google, Maybank, NTUC FairPrice, The LEGO Group, The Straits Times dan Zoom.



Agensi pemerintah seperti Agensi Keselamatan Siber (CSA), Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH) dan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), serta badan tidak meraih keuntungan seperti Persatuan Karyawan Keselamatan Maklumat (AiSP), Lions Befrienders dan SG Enable turut tampil memberi sokongan.



Kegiatan dianjurkan secara dalam talian dan secara fizikal dengan kerjasama rakan kongsi 3P dalam festival selama sembilan hari ini.




APA KATA PEMBACA BH...



"Terbaik, ilmu (ini) harus dipelajari mereka yang tidak mahir menggunakan telefon bijak."
- Alimah Ahmad.




SEKILAS INFO



Khidmat digital pemerintah oleh Agensi Keselamatan Siber (CSA), Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH) serta Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG)



  • Teroka khidmat pemerintah berhubung akses digital, penggunaan, penguasaan, kesejahteraan dan keselamatan oleh pelbagai agensi pemerintah dengan cara yang seronok dan interaktif

(Dibuka kepada semua di Suntec dan Heartbeat)



Raih tip kesejahteraan dan keselamatan siber



  • Peserta boleh saksikan pertunjukan langsung bagaimana penipu boleh memalsukan panggilan telefon, e-mel dan suara untuk memperdaya orang

(Dibuka kepada semua di Suntec dan Heartbeat)



Khidmat perbaiki komputer riba



  • Usaha masyarakat untuk bantu keluarga berpendapatan rendah perbaiki komputer riba dan atasi masalah komputer riba mereka

(Dibuka kepada semua di Heartbeat)



Jejak warisan Geylang Serai (Edisi Digital 2022)



  • Pejabat Digital Singapura (SDO) bekerjasama dengan Duta Persepaduan dan Pewarganegaraan (INC) untuk hasilkan edisi digital khas 'Jejak Warisan Geylang Serai'

(Dibuka kepada keluarga di pelbagai tempat dalam masyarakat)



Bengkel Aplikasi Mudah Alih bagi warga emas Persatuan Orang Cacat Penglihatan Singapura (SAVH)



  • Disasarkan kepada warga emas cacat penglihatan untuk belajar tentang aplikasi mudah alih dengan NEC

(Dibuka kepada warga emas di pelbagai tempat dalam masyarakat)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >