Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Program latihan penerbangan global dilanjut hingga 2025

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PENYAMBUNG SEMULA PROJEK T5

Program latihan penerbangan global dilanjut hingga 2025

May 18, 2022 | 05:30 AM

SINGAPURA dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) baru untuk melanjutkan Program Latihan Negara-Negara Membangun Singapura-ICAO (DCTP) bagi tiga tahun lagi mulai tahun ini hingga 2025.

Memorandum itu ditandatangani Menteri Pengangkutan, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S Iswaran, serta Presiden Majlis ICAO, Encik Salvatore Sciacchitano, semalam.

Sejak DCTP ditubuhkan pada 2001, Singapura telah melatih sekitar 1500 peserta daripada 130 anggota negeri ICAO.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), di bawah MOU baru ini, Singapura akan menawarkan 330 biasiswa possiswazah dan 10 biasiswa yang bernilai US$1.6 juta ($2.2 juta) sepanjang tiga tahun akan datang.

Ini merupakan sebahagian daripada komitmen Singapura terhadap pembangunan profesional penerbangan global.

Anggota negeri ICAO boleh mendaftar bagi fellowship dan biasiswa bagi menghadiri program penerbangan khusus di Akademi Penerbangan Singapura (SAA) dan cabang latihan CAAS.

Penerima biasiswa possiswazah boleh memilih pelbagai program latihan yang dijalankan SAA, termasuk pengurusan penerbangan, keselamatan penerbangan dan pengurusan keselamatan.

Penerima biasiswa juga akan meraih sijil Diploma dalam Pengurusan Penerbangan Awam atau Pengurusan Keselamatan Penerbangan SAA.

Akademi itu juga akan memperkenalkan program latihan baru yang akan membantu karyawan penerbangan mengambil iktibar daripada pandemik Covid-19 selain membangunkan semula sektor penerbangan yang lebih selamat, mampan dan berdaya tahan.

Encik Iswaran berkata penyambungan semula program ini akan menyokong pertumbuhan dan pembangunan pemimpin dan profesional penerbangan masa depan.

"Pembangunan kapasiti adalah penting dalam membangunkan semula tenaga kerja penerbangan kita selain mempersiap mereka untuk menguruskan tuntutan masa depan," kata beliau lagi.

MOU itu telah ditandatangani semasa Sidang Penerbangan Changi (CAS) 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Sands Expo.

Dianjurkan bersama oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dan CAAS, sidang dua hari itu merupakan acara penerbangan utama diadakan di rantau ini dan menghimpunkan lebih 300 pemimpin penerbangan global dan profesional untuk membincangkan cabaran sektor penerbangan awam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3