Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Latihan Peningkatan Kecergasan ganti persediaan IPPT

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan menggantikan latihan persediaan Ujian Kecekapan Jasmani Individu (IPPT) (IPT) dan latihan tambahan (RT) dengan program Latihan Peningkatan Kecergasan (FIT) Perkhidmatan Negara (NS) baru.



NS FIT merupakan program 10 sesi, termasuk satu percubaan IPPT, yang dihasilkan dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan SportSG.



SAF berkata program baru itu menawarkan fleksibiliti dan kemudahan bagi anggota kerahan NS (NSmen) untuk kekal aktif dan sihat melalui program kecergasan holistik.



Bermula 1 April ini, program NS FIT akan ditawarkan di 45 lokasi seluruh negara termasuk di Kampung Admiralty, Our Tampines Hub dan Pantai East Coast.



Ini merupakan peningkatan daripada hanya 13 lokasi sebelum ini.



Ditemui di Dewan Sukan Jurong West semalam, Brigadier Jeneral (BG) Kenneth Liow berkata program baru itu menggantikan sistem sedia ada yang lebih "mengelirukan".



Dalam sistem yang ada sekarang, NSmen yang tidak lulus IPPT boleh menjalani 10 sesi IPT, dan jika mereka gagal lagi, perlu mengikuti tambahan sehingga 20 sesi RT.



"Melalui NS FIT, kami mahu menggalak NSmen mengamalkan tabiat kecergasan sihat dan menjadikannya sebahagian gaya hidup mereka," kata beliau.



Setiap sesi NS FIT akan berlangsung selama 60 hingga 75 minit dan merangkumi senaman yang bukan sahaja tertumpu pada IPPT.



Ini termasuk litar metabolik, ambang aerobik, pengurangan berat badan, senaman berasaskan sukan atau permainan serta senaman khas bagi IPPT.



NSmen juga boleh mengambil bahagian dalam sesi FIT@HPB Quick HIIT, sejenis latihan litar metabolik yang membina kekuatan, ketahanan dan kecergasan aerobik.



Lebih dari itu, mereka juga boleh melibatkan teman atau keluarga yang bukan anggota kerahan untuk melakukan senaman dan latihan itu bersama-sama.



Anggota keluarga atau teman-teman NSmen boleh mendaftar bagi sesi HPB Quick HIIT melalui aplikasi Healthy 365.



Pegawai Waran Ketiga (3WO) (NS) Muhammad Hafiz Jumahat menyambut baik program NS FIT itu yang dianggapnya memberi kemudahan kepada NSmen seperti diri beliau sendiri. Katanya:



"Saya dapati (NS FIT) memudahkan NSmen, kerana ada di antara kami yang mendapati agak leceh untuk ke kem atau tempat di mana mereka melakukan RT atau IPPT.



"Dari segi masa pun, kadang tidak sesuai kerana ada yang kerja syif atau pada waktu-waktu yang ganjil."



Dengan program baru itu, pilihan tempat dan waktu bagi NSmen melakukan latihan lebih luas dan fleksibel kerana lokasi yang ditawarkan mudah diakses dan lebih dekat dengan kawasan perumahan atau tempat kerja.



Pendaftaran bagi NS FIT boleh dilakukan melalui portal NS bermula 25 Mac nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >