Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program lawatan masyarakat diperluas bagi pekerja migran sudah divaksinasi penuh

Oct 23, 2021 | 05:30 AM



SEHINGGA 3,000 pekerja migran yang sudah menerima vaksin sepenuhnya akan dibenarkan mengunjungi kawasan Little India dan Geylang Serai setiap minggu hingga lapan jam mulai 30 Oktober.



Langkah itu sebahagian usaha pemerintah melonggarkan sekatan bagi pekerja migran, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan semalam.



MOM mengatakan ia akan meluaskan program lawatan masyarakat itu selain melonggarkan sekatan berkaitan lawatan pekerja migran ke pusat rekreasi.



Di bawah program lawatan masyarakat yang diperluas itu, selain mengunjungi Little India dan Geylang Serai, semua pekerja migran yang telah menerima vaksin sepenuhnya boleh juga mengunjungi pusat rekreasi hingga tiga kali seminggu.



Mereka tidak lagi diperlukan menjalani ujian pantas antigen (ART) sebelum lawatan ke pusat itu.



Bagi pekerja migran yang belum divaksinasi, mereka boleh mengunjungi pusat rekreasi hingga tiga kali seminggu jika mereka memperoleh hasil negatif ART semasa program ujian rutin atau ujian ART pralawatan.



Dalam satu program lawatan masyarakat perintis bulan lalu, hingga 700 pekerja migran yang sudah divaksinasi daripada 30 dormitori pekerja mengunjungi Little India selama enam jam dalam setiap lawatan, setelah menjalani ujian ART sebelum dan selepas lawatan.



Sebilangan besar pekerja yang ditinjau MOM selepas itu berpuas hati dengan aturan dan jadual lawatan.



Ada memberi maklum balas bahawa mereka menghargai waktu lawatan lebih panjang dan lebih banyak pilihan lokasi.



Pekerja yang tinggal di blok dormitori tanpa kelompok Covid-19 layak mendaftar bagi program lawatan masyarakat itu.



Dormitori pekerja itu juga mesti melaksanakan Pengurusan Hidup Selamat baik dan mempunyai kadar vaksinasi tinggi dalam kalangan pekerja.



Pekerja migran yang mengambil bahagian dalam lawatan masyarakat akan diminta mengambil ART pada hari lawatan.



MOM akan memantau kemajuan program itu dan menilai keperluan peluasannya pada masa sesuai.



Sementara itu, dalam satu pos di Facebooknya semalam, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata program perintis sebelum ini telah memberi pihaknya pelajaran berguna mengenai cara membantu pekerja migran lebih menikmati pengalaman lawatan mereka.



"Kami juga yakin sistem perlindungan kami berkesan, kerana tidak ada peserta yang positif ketika mengambil ART setelah kembali dari lawatan masyarakat mereka.



"Kami akan terus mengkaji usaha kami, dengan tujuan mengurangkan sekatan pergerakan pekerja migran kita secara progresif dan selamat.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja migran atas kesabaran dan kepercayaan mereka yang berterusan," ujar Dr Tan.




"Kami juga yakin sistem perlindungan kami berkesan, kerana tidak ada peserta yang positif ketika mengambil ART setelah kembali dari lawatan masyarakat mereka. Kami akan terus mengkaji usaha kami, dengan tujuan mengurangkan sekatan pergerakan pekerja migran kita secara progresif dan selamat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja migran atas kesabaran dan kepercayaan mereka yang berterusan."
- Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >