Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program 'Little Steps' CDC North West kurangi beban keluarga

DPM Wong: Program sokong usaha KidSTART pastikan kanak-kanak dapat permulaan baik
Jan 15, 2023 | 05:30 AM



IBU empat anak, Cik Mis Eriana Isa, kehilangan kerja di sebuah pusat pengayaan kanak-kanak baru-baru ini apabila syarikatnya memberhentikan pekerja untuk menjalani penstrukturan semula.



Berdepan dengan kos sara hidup yang bertambah, keadaan itu menambah tekanan kewangan yang dirasai oleh keluarganya yang pada masa ini hanya bergantung kepada gaji suaminya sebagai pencari nafkah tunggal keluarga.



Justeru, Cik Eriana, yang anak-anaknya berusia antara satu tahun dengan sembilan tahun, berkata sebarang bantuan kewangan yang diterima keluarganya, amat dihargai, terutama jika ia dapat membantunya memberi tumpuan kepada pembelajaran anak-anaknya.



Semalam, satu lagi bantuan muncul yang boleh melegakan keresahan yang dirasai oleh Cik Eriana.



Anak bongsunya, Elfyrah Nur Balqis Mohammad Khairul, yang berusia setahun, antara lebih 650 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan barat daya Singapura, seperti di Marsiling dan Sembawang, yang kini disertakan dalam program baru oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West.



Dinamakan Little Steps @ North West, program tersebut bertujuan menyediakan bantuan tambahan kepada kanak-kanak di bawah umur enam tahun yang telah pun disokong oleh program KidSTART Singapura.



Setiap kanak-kanak bakal menerima $500 setahun sehingga kanak-kanak itu menjangkau usia lima tahun.



Wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun bank ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang layak, kata CDC North West dalam kenyataannya.



Mereka yang layak boleh menerima wang itu pada penghujung Mac.



Ia menjangka program itu dijalankan sekurang-kurangnya lima tahun, menggunakan dana $2 juta yang dikumpulkan dari Dana Rising Hope CDC North West.



"Bantuan wang tunai tambahan ini akan membantu mengurangkan tekanan ke atas keluarga dalam membiayai kos harian, dan diharap membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pembangunan anak-anak," kata kenyataan itu.



Bercakap kepada keluarga yang menghadiri acara pelancaran program tersebut di Night Safari semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong berkata satu keutamaan bagi pemerintah adalah memastikan kanak-kanak mendapat permulaan yang terbaik dalam hidup.



Namun, pemerintah tidak boleh bertindak sendirian dan memerlukan kerjasama rapat dengan pertubuhan masyarakat dan pihak berkepentingan lain, kata beliau.



Menambah, Encik Wong berkata, satu contoh adalah program KidSTART yang telah menyokong lebih 4,000 kanak-kanak sejak ia dimulakan beberapa tahun lalu dan kini sedang diperluaskan untuk menyokong lebih banyak keluarga.



Justeru, Little Steps @ North West menambah kepada usaha itu dan mencerminkan bagaimana pertubuhan di peringkat masyarakat boleh memain peranan menghulur bantuan, ujar beliau.



"Kami berharap pemberian ini akan memberikan bantuan serta-merat kepada keluarga-keluarga," kata Encik Wong, yang berkata program itu diharap amat membantu, terutama dalam tempoh kadar inflasi yang lebih tinggi ini.



Mengulas tentang sokongan tambahan yang diberikan, Cik Eriana berkata ia dapat membantu keluarganya untuk mengurangkan beban kewangan, sementara beliau mencari pekerjaan baru.



Anak bongsunya, Elfyrah mempunyai ekzema, yang membuat lebih sensitif kepada makanan dan memerlukan susu tepung yang tertentu, kata Cik Eriana, yang membelanjakan lebih $200 sebulan untuk membeli susu tepung.



"Buat masa ini, keperluan kami sekeluarga harus ditanggung oleh suami saya seorang," kata Cik Eriana. Suami beliau seorang pekerja penghantaran.



"Kini kami perlu lebih berjimat dan mengurangkan perbelanjaan, tetapi sekurang-kurangnya, saya harap pembelajaran anak-anak tidak terlalu terganggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >