SETIAP kali Cik Fariza Abdul Jamal cuba mengajar Matematik kepada tiga anaknya, beliau sukar menarik perhatian mereka bagi tempoh yang lama.
Tetapi selepas menyertai sesi kedua Program KelasMateMatika (KMM) @Pasir Ris East, Cik Fariza, 32 tahun, kini lebih tahu tentang 'taktik' menambat perhatian mereka dengan berkesan.