Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program mentor MSF dilancar untuk sokong pelajar tercicir dari ITE

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH program mentor perintis dilancarkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam, untuk menyokong belia berisiko, khususnya pelajar tercicir daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Dikenali sebagai Program Nasihat Kerjaya dan Pementoran, atau singkatannya Camp, ia berharap untuk menyokong sekitar 100 belia sepanjang dua tahun ini dengan memadankan mereka kepada mentor daripada industri pekerjaan yang diminati mereka.



Mentor juga akan membimbing pelajar dalam pilihan kerjaya mereka, selain membantu pelajar mendapatkan pekerjaan atau bekerja sambil belajar.



Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua, yang melancarkan program itu semalam, berkata setiap belia, tidak kira latar belakang dan keadaan mereka, mempunyai potensi mencapai kejayaan dalam hidup, sekiranya mempunyai sokongan dan bimbingan baik.



Menurutnya, antara sebab belia tercicir ialah keadaan keluarga, mempunyai masalah dalam akademik dan tidak mempunyai akses kepada seseorang yang boleh memberi mereka nasihat mengenai pilihan kerjaya masa depan.



"Kami mahu mentor menawarkan nasihat bermakna kepada pelajar yang telah meninggalkan sekolah sebelum tamat pengajian, selain menunjukkan kepada mereka ke arah yang betul.



"Kami juga berharap mentor akan dapat memberi sokongan dan mengingatkan para pelajar ini tentang kekuatan, kemahiran dan bakat yang boleh mereka manfaatkan dalam pekerjaan mereka," katanya.



Menjawab pertanyaan Berita Harian mengenai bilangan pelajar tercicir setiap tahun, jurucakap Institut Pendidikan Teknikal (ITE) berkata kebanyakan pelajarnya menamatkan pengajian mereka.



"ITE komited untuk menawarkan sokongan yang diperlukan semua pelajar, agar mereka dapat mengikuti kursus dan menamatkan pendidikan mereka," ujar jurucakap itu.



Sejauh ini, enam pelajar dan 14 mentor daripada pelbagai sektor, termasuk teknologi maklumat dan automotif, telah direkrut bagi program itu.



Buat masa ini, progam itu dibuka kepada pelajar yang telah meninggalkan pengajian di ITE dalam tempoh 12 bulan lalu.



Mereka perlu mengikutinya sekurang-kurangnya enam bulan dan dilanjutkan hingga 12 bulan, jika perlu.



Mentor akan diberi latihan bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran bekerja bersama belia, seperti cara mendekati belia, strategi membimbing pelajar dan langkah berdepan dengan kesihatan mental belia.



Encik Chua juga berkata pandemik Covid-19 menyebabkan sesetengah pelajar membuat keputusan sukar berhenti sekolah dan menghadapi kehidupan sendirian.



"Justeru dengan pementoran, sekurang-kurangnya mereka mempunyai seseorang yang boleh mereka dapatkan nasihat baik, berhubungan dan membimbing mereka," kata beliau.



Seorang pelajar, Mohamad Ali Mohamad Pesal, 17 tahun, yang meninggalkan ITE sekitar Julai tahun lalu, berkata beliau tidak sabar hendak mendapat ilmu baru dalam bidang yang beliau gemari.



"Saya gemar hal berkaitan penjagaan haiwan, jadi saya harap mentor saya dapat memberi saya gambaran lebih luas tentang bidang ini," katanya.



Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu, yang dibesarkan ibu tunggal yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan awam, tidak meneruskan pengajian kerana tidak lagi berminat dengan kursus infokom yang diikutinya, selain masalah kewangan keluarga.



Selepas tercicir daripada sekolah, beliau bekerja sebagai penolong jagaan haiwan di sebuah taman haiwan.



Beliau berharap dapat menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun ini agar berpeluang melanjutkan pelajaran ke politeknik dalam bidang berkaitan penjagaan haiwan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >