Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program MOE-OBS kini hanya 2 hari, peserta tak perlu bermalam

Langkah pengurusan selamat turut ditetapkan untuk lindungi kesihatan dan keselamatan peserta
Mar 20, 2021 | 05:30 AM



DISEBABKAN keadaan pandemik sekarang, program Cabaran Kementerian Pendidikan (MOE)-Outward Bound Singapore (OBS) sepanjang lima hari telah diubah menjadi kursus dua hari tanpa memerlukan peserta bermalam di premis.



Ini di samping langkah pengurusan selamat yang ditetapkan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan semua peserta.



Semalam, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, merasakan sendiri Program Cabaran MOE-OBS yang direka semula itu.



Bersama peserta menengah tiga dari Sekolah Menengah Damai dan Sekolah Menengah Queenstown, Encik Tong mengambil bahagian dalam kegiatan ekspedisi berpasukan seperti trekking dan mendayung, untuk mengalami manfaat kegiatan sebegitu dalam membantu belia memupuk keyakinan diri dan semangat berpasukan.



Menurut Encik Tong, penyambungan semula program itu dengan selamat akan membantu belia menjalin persahabatan lebih kuat antara satu sama lain, dan meraih lebih keyakinan dalam diri mereka.



"Dengan banyak kegiatan kini diadakan dalam talian, kegiatan luar dengan langkah pengurusan selamat menyediakan pengalaman pembelajaran bersama yang penting, seperti mengatasi cabaran bersama. Dalam proses itu, belia kita akan dapat membangunkan ciri-ciri seperti daya tahan, empati dan kerja berpasukan, yang semuanya lebih relevan di tengah-tengah pandemik," katanya.



Dianjurkan bersama MOE dan Majlis Belia Kebangsaan (NYC), program yang direka semula itu akan menyaksikan pelajar melakukan kegiatan kayak sepanjang pantai Pulau Ubin dan mengekalkan jarak selamat dua meter antara satu sama lain sewaktu kegiatan lasak dengan pelitup muka tidak dipakai.



Kursus dua hari itu akan terus memberikan pelajar peluang mempelajari dan merenung tentang nilai-nilai penting seperti daya tahan, empati dan tanggungjawab sosial, kata kenyataan bersama OBS dan NYC semalam.



Ketua Pegawai Eksekutif NYC, Encik David Chua, pula berkata walau dengan keadaan Covid-19, adalah perlu mengekalkan pandangan jangka panjang dalam membina perwatakan, keyakinan dan perpaduan anak muda Singapura.



"Ini akan membantu Singapura kekal relevan dan berdaya saing dalam masa depan yang terdapat banyak turun naik. Dengan memikirkan keselamatan, kita mesti memastikan peluang cukup dan tersedia bagi pelajar kita untuk mencabar diri mereka dan berkembang. Oleh itu saya berterima kasih NYC/MCCY dan MOE telah bekerja keras untuk reka semula Program Cabaran MOE-OBS," tambahnya.




"Dengan banyak kegiatan kini diadakan dalam talian, kegiatan luar dengan langkah pengurusan selamat menyediakan pengalaman pembelajaran bersama yang penting, seperti mengatasi cabaran bersama. Dalam proses itu, belia kita akan dapat membangunkan ciri-ciri seperti daya tahan, empati dan kerja berpasukan, yang semuanya lebih relevan di tengah-tengah pandemik."
- Encik Edwin Tong, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >