Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BERITA

Program MOM, WSG bantu 10,300 majikan gajikan pekerja, ubah kerja

Josephine Teo: Jumlah tahun lalu 45% lebih banyak daripada 2019 dan perboleh 55,000 warga S'pura dapat pekerjaan, peluang latihan dan kenal suai
Mar 13, 2021 | 05:30 AM

LEBIH 10,300 majikan pelbagai sektor menerima bantuan dalam menggajikan pekerja atau mengubah pekerjaan menerusi program di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) tahun lalu.

Ini adalah kenaikan 45 peratus daripada 2019, menurut Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo semasa membentangkan laporan keadaan pekerjaan ke-19 oleh MOM dan WSG semalam.

Sebanyak 90 peratus daripada mereka syarikat kecil dan sederhana (SME). Sekitar separuh adalah dalam 10 sektor yang termasuk binaan, pendidikan, khidmat kewangan, khidmat makanan, logistik dan runcit.

Menurut laporan itu, antara usaha yang dijalankan ialah meningkatkan kegiatan mendekati pekerja, program penukaran kerjaya dan memperkenal program transformasi pekerjaan.

Hasil usaha itu, kira-kira 55,000 warga Singapura ditempatkan dalam pekerjaan, peluang latihan dan kenal suai kerja tahun lalu, kata Cik Teo kepada media selepas satu lawatan ke Hotel Parkroyal on Kitchener Road.

Beliau menyifatkan jumlah majikan yang dibantu menggalakkan.

"Sedang kita sering memberi tumpuan yang kurang apabila menyentuh tentang perkhidmatan kerjaya, majikan sama penting dalam apa sahaja usaha mengambil dan menempatkan pekerja.

"Kededuanya, individu mencari kerja dan majikan, adalah sama penting dan kita mahu menarik perhatian tentang hal ini," ujar beliau.

"Tahun lalu, WSG dan rakan kerjanya, menerusi perkhidmatan kerjaya dan penempatan, menolong lebih 10,000 majikan ghairah mencari pekerja mengisi jawatan atau mengubah pekerjaan agar lebih menarik kepada mereka yang mencari pekerjaan."

Menurut laporan itu, usaha menggiatkan program penukaran kerja untuk pekerja kerjaya pertengahan dimanfaatkan lebih 1,500 majikan - 10 peratus lebih tinggi daripada 2019.

Acara mendekati orang ramai bertambah 20 peratus kepada 140 acara, seperti pameran kerjaya dalam dan luar talian, bagi membantu majikan mengakses lebih ramai bakat.

Selain itu, lebih 35,600 majikan didapati aktif mengepos pekerjaan kosong di portal MyCareersFuture, meningkat 54 peratus daripada 2019.

Cik Teo juga menarik perhatian bahawa majikan mendapati beberapa strategi pengambilan kerja berguna. Ini termasuk melabur dalam kemahiran pekerja.

"Ini bermakna tidak semestinya mencari pekerja 100 peratus sesuai, sebaliknya merapatkan jurang kemahiran dengan latihan pekerjaan yang boleh disokong pemerintah," ujar beliau.

Seorang majikan, Encik Balachandar Thyagarajan, pengarah urusan Nibaara Technologies, berkata:

"Melabur dalam bakat tempatan bukan memperbaiki keupayaan mengekalkan pekerja kami pada jangka panjang sahaja, malah membantu mengatasi cabaran mencari orang berpengalaman relevan dalam bidang tukikan."

Satu lagi strategi ialah majikan harus dapat menekankan kepada calon pekerja bahawa yang ditawarkan bukan sebagai satu pekerjaan sahaja, tetapi perkembangan kerjaya.

Ini kerana, kata Cik Teo, interaksi WSG dengan calon pekerja mendapati mereka juga mempunyai aspirasi lebih tinggi, selain gaji.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3