Program NEA, SkillsFuture bangun generasi penjaja baru
Jan 21, 2020 | 05:30 AM
SATU program baru telah dilancarkan semalam bagi melatih lebih ramai penjaja muda.
Program Pembangunan Penjaja, dihasilkan dengan kerjasama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan SkillsFuture Singapore (SSG) untuk mengekalkan perdagangan penjaja dan menyokong mereka yang baru dalam perdagangan ini.