Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program 'Oxigen Shuttle' S'pura tambah bekalan oksigen Indonesia

Jul 19, 2021 | 07:13 PM



DEMI menyokong lagi Indonesia menentang wabak Covid-19 di negara tersebut, pemerintah Singapura telah mengatur penghantaran tetap bekalan oksigen kecemasan ke Indonesia melalui program "Oxygen Shuttle".



Program tersebut akan melibatkan lebih 500 tan oksigen diberikan kepada Indonesia dari sekarang hingga Ogos nanti untuk untuk melengkapi keperluan mendesak bagi oksigen di kemudahan perubatan di Indonesia.



Empat tank ISO mengandungi 80 tan oksigen cair tiba di Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta hari ini (19 Julai), menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya, sambil menambah penghantaran seterusnya akan dilakukan minggu depan.



Sebelum ini, Singapura telah memberi bantuan kepada Indonesia dalam bentuk silinder oksigen, penumpu oksigen, ventilator serta bekalan dan peralatan perubatan lain antara 9 dengan 11 Julai 2021.



"Usaha ini, serta sumbangan yang diberikan badan bukan pemerintah dan swasta, membuktikan hubungan yang erat, perpaduan dan sokongan bersama yang kuat antara Singapura dan Indonesia dalam mengatasi cabaran bersama Covid-19," kata MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >