Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program pembelajaran profesional sektor pembangunan awal kanak-kanak dilancar

Oct 06, 2017 | 11:10 AM



 





PROGRAM yang bertujuan memberikan sokongan pembelajaran profesional kepada pemimpin serta guru dalam sektor pembangunan awal kanak-kanak dilancarkan hari ini.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Desmond Lee mengumumkan pelancaran Program Pembangunan Profesional untuk Pemimpin (PDP for Leaders) itu semasa Persidangan Pembangunan Awal Kanak-kanak yang dianjur oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) di Pusat Konvensyen Suntec pada 6 Oktober.



Program tersebut dikhaskan untuk ketua pusat, ketua guru dan guru kanan. 



Semasa program tiga tahun itu, mereka akan didedahkan kepada pelbagai peluang untuk meningkatkan kemahiran teras, untuk melibatkan diri dalam perkongsian profesional dengan ketua pembangunan kanak-kanak yang lain serta untuk turut serta dalam persidangan dan pembelajaran yang lain.



Inisiatif tersebut bertujuan  mengubah kerjaya pembangunan awal kanak-kanak dan menyokong guru-guru dan membolehkan mereka memimpin pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dengan lebih baik.



Untuk turut serta dalam program PDP for Leaders, peserta perlu dicalonkan oleh majikan mereka.



Pencalonan kini dibuka hingga 8 Disember, untuk program bermula separuh awal 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >