Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELAN HIJAU SINGAPURA 2030

Program pemulihan bergantung keperluan, risiko banduan

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



KEKERAPAN program pemulihan yang dijalani banduan di pusat rehabilitasi penjara dan dadah berbeza-beza, bergantung kepada jenis program tersebut, dan juga keperluan serta risiko banduan.



Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) juga bekerjasama dengan rumah peralihan untuk menawarkan program berasaskan masyarakat kepada banduan.



Demikian dinyatakan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Dr Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen semalam ketika menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Encik Leon Perera (GRC Aljunied) tentang kekerapan program pemulihan yang ditawarkan kepada banduan.



"SPS mengamalkan pendekatan berasaskan bukti dalam pemulihan banduan. Faktor termasuk risiko banduan untuk kembali melakukan kesalahan, keperluan rehabilitasi mereka, kelakuan di penjara dan baki tempoh hukuman diambil kira dalam peruntukan program campur tangan," kata Dr Faishal.



Di pusat pemulihan dadah dan penjara, banduan boleh menjalani program pembetulan berasaskan psikologi untuk mengubah kelakuan dan pemikiran negatif mereka, dan memperbaiki kemahiran pro-sosial mereka untuk mengurangkan risiko mereka kembali melakukan kesalahan, jelas Dr Faishal.



Program ini boleh dijalankan satu hingga tiga kali seminggu selama beberapa minggu atau bulan.



Menjawab pertanyaan tambahan oleh AP Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang peratusan banduan yang mengikuti program pemulihan tahun lalu, Dr Faishal berkata program pembetulan berasaskan psikologi dan program keluarga didapati sesuai untuk sekitar separuh kemasukan ke penjara tahun lalu.



Sekitar lima peratus akhirnya tidak menghadiri program itu disebabkan isu kesihatan mental, motivasi atau masalah kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >