Usaha perangi kencing manis
Program pendekatan di GRC East Coast dilancar
Jun 20, 2016 | 05:30 AM
SATU program pendekatan bagi penduduk Melayu di GRC East Coast untuk memerangi kencing manis dilancarkan semalam.
Program perintis ini, Diterajui Masyarakat - Perangi Kencing Manis, diketuai Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.