Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

INISIATIF M3

Program Penukaran Profesional (PCP) sokong pekerja yang terjejas di musim Covid-19

May 28, 2021 | 05:30 AM



BAGI menyokong golongan yang mencari kerja di tengah-tengah situasi Covid-19, beberapa inisiatif nasional dan skim bantuan telah dilancarkan pada tahun 2020.



Pelan M Kuasa Tiga (M3) menambah usaha ini dengan program yang disasarkan untuk menyokong pekerja Melayu/Islam supaya mereka dapat tetap bekerja dan memiliki kemahiran yang diperlukan.



Untuk itu, Mendaki Sense menjadi agensi utama dalam inisiatif di bawah Bidang Tumpuan Keempat (FA4) yang antara lain, mengkaji pekerjaan dan daya kerja pekerja Melayu/Islam.



Selain dari menyebarkan infomasi terkini tentang inisiatif-inisiatif nasional, FA4 bertujuan untuk menyesuaikan pekerja dengan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemampuan tenaga kerja melalui peningkatan kemahiran dan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat.



Bekalan kemahiran ini akan meningkatkan daya tahan mereka dan memastikan kelangsungan pekerjaan pada masa yang akan datang, khusunya dalam landskap Covid-19.



Ada lebih dari 100 Program Penukaran Kerjaya (Career Conversion Programmes) dibawah Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), termasuk Program Penukaran Profesional (PCP). Ia merangkumi perkerja dalam permintaan dalam 30 sektor untuk membantu warga Singapura memperolehi kemahiran untuk kerjaya baru.



Dengan pelaksanaan PCP, ia juga telah membuka ruang kepada golongan eksekutif, pengurus, karyawan, dan juruteknik (PMET) untuk meningkatkan potensi dan kemahiran sebelum beralih ke sektor lain yang menjanjikan peluang yang lebih cerah.



Salah seorang warga yang terkesan dengan pandemik global, Encik Muhamad Firdaus Salim turut berkongsi cerita tentang bagaimana PCP di bawah WSG yang diuruskan oleh SGTech ini memberi sokongan terhadap beliau dalam waktu yang sukar.



Beliau memberitahu:



"Salah satu manfaat terbesar program ini adalah tentang sokongan yang diberikan kepada individu yang terjejas akibat Covid-19.



"Pelaksanaan program ini membuktikan bahawa mereka yang kehilangan pekerjaan tidak dibiarkan begitu sahaja oleh pemerintah dan badan-badan berkaitan.



"Walaupun saya terpaksa bertukar profesion, ruang untuk terus bekerja terutama dalam keadaan yang getir ini sangat saya hargai.



"Nampak ada satu sistem sokongan yang sangat baik buat sesiapa saja yang terjejas.



"PCP juga bukan sekadar menghadiri kursus dan belajar teori sahaja, tetapi ia juga merangkumi ilmu teknikal. Masing-masing diberikan mentor untuk rujukan dan panduan.



"Bagi saya, dengan adanya seorang mentor, ia dapat memudahkan dan mempercepatkan proses pembelajaran orang-orang seperti saya yang perlu mempelajari sesuatu yang baru.



Paling penting, kita perlu aktif sepanjang proses pembelajaran. Jangan segan untuk bertanya jika ragu dan mesti cuba semua latihan kerja yang diberi. Jadi, kita cepat belajar.



"Sepanjang 6 bulan belajar, pelbagai kemahiran dan ilmu yang dapat saya aplikasikan ke dalam pekerjaan terkini."



Bercakap mengenai saat awal berhenti kerja, Encik Firdaus terpaksa berbuat demikian kerana masalah kewangan syarikat lama dan beliau perlu memikirkan cara terbaik untuk mencari pekerjaan baru.



Kata beliau: "Dalam menghadapi kesukaran ini, saya berdepan pelbagai cabaran yang tersendiri.



"Bagaimanapun, kita perlu memperluaskan rangkaian professional kita dan 'menjual' kebolehan diri agar syarikat-syarikat lain sedar tentang bakat dan kemahiran kita yang sedia ada.



"Memanglah, berbanding pekerjaan dahulu, ia lebih senang dilakukan kerana saya sudah mempunyai pengetahuan luas tentang skop kerja itu.



"Namun, apabila mendapat pekerjaan baru, saya perlu membuat persediaan fizikal kerana saya tahu banyak proses pembelajaran dan kemahiran yang perlu diasah dari permulaan. Dari segi mental pula, pada mulanya agak susah juga untuk saya menyesuaikan diri dengan pekerjaan baru yang di luar bidang saya.



"Bayangkan, secara tiba-tiba sahaja, anda mempunyai suasana kerja berlainan, teman kerja baru, cara kerja berbeza dan sebagainya.



"Tetapi, jika semua ini dijalankan secara konsisten, saya yakin semua kekangan dapat diatasi. Dengan cabaran Covid-19, sentiasalah cari komuniti atau seseorang untuk anda berbual dan bertukar pendapat kerana ia sangat penting untuk kekuatan mental diri.



" Pada pendapat saya, apabila anda berjaya mengatasi masalah emosi, masalah teknikal juga akan dapat diselesaikan kerana anda boleh bekerja dengan baik. Jangan mudah berputus asa kerana semua ini mengambil masa dan memerlukan kerja keras bagi mendapatkan hasil yang bagus."




5 CARA UNTUK MEMANFAATKAN INISIATIF BIDANG KUASA KEEMPAT (FA4)



  • Muat turun aplikasi Cari Kerja di AppStore atau GooglePlay untuk teroka peluang pekerjaan.

  • Sertai Pameran Pekerjaaan Maya anjuran Mendaki Sense.

  • Dapatkan bimbingan kerjaya dari penasihat kerjaya Mendaki Sense di talian 6330 3000.

  • Gunakan kredit SkillsFuture untuk menyertai kursus peningkatan kemahiran.

  • Sertai program dan inisiatif seperti Program Penukaran Profesional (PCP) atau SGUnited Jobs.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >