Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program penyesuaian pekerja asing diluaskan didik sekitaran kerja di S'pura

Apr 16, 2019 | 05:30 AM



PROGRAM penyesuaian (SIP) bagi pekerja asing akan dilanjutkan kepada semua pemegang permit kerja bukan warga Malaysia yang kali pertama bekerja dalam sektor marin, proses dan pengilangan bermula Disember tahun ini.



Ini merupakan tambahan kepada sektor binaan sebelum ini.



Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, mengumumkan demikian semasa menghadiri sesi penyesuaian pekerja asing awal pagi semalam.



Sesi SIP sepanjang sehari itu merupakan program orientasi mandatori untuk membimbing pekerja asing baru yang bekerja di Singapura tentang undang-undang negara ini, hak dan tanggungjawab pekerjaan mereka serta wadah untuk menawarkan bantuan.



Sejak Oktober tahun lalu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah melantik Pusat Pekerja Asing (MWC) untuk menjalankan SIP bagi golongan pemegang permit kerja bukan warga Malaysia itu dalam sektor binaan.



Sepanjang enam bulan SIP itu dijalankan, lebih 5,000 pekerja asing telah menghadiri program orientasi yang dijalankan di dalam kelas.



SIP itu dijalankan dalam beberapa bahasa termasuk Bengali, Burma, Mandarin, Tamil dan Thai.



Menurut satu tinjauan yang diadakan, kededua pekerja dan majikan menyambut baik usaha SIP itu.



Kebanyakan pekerja mendapati kursus itu berguna dan bermanfaat kerana ia membimbing mereka tentang hak dan tanggungjawab pekerja.



Daripada maklum balas majikan pula, mereka memberi sokongan untuk menghantar pekerja mereka ke SIP, memandangkan program iu menggariskan amalan setempat dan norma sosial dalam kalangan pekerja.



Mengulas tentang pelanjutan SIP, Encik Zaqy berkata maklum balas yang diterima daripada sektor binaan sepanjang enam bulan lalu telah mendorong pihaknya untuk memperkenalkannya secara progresif kepada sektor lain.



"Selain undang-undang, pendidikan kekal sebagai aspek penting dalam melindungi kepentingan pekerja asing di sini," ujarnya.



Pengerusi MWC, Encik Yeo Guat Kwang, berkata SIP penting dalam mewujudkan rangkaian sokongan baik kepada pekerja asing yang bekerja di sini.



"Menerusi SIP, pekerja asing yakin mereka boleh mendapatkan bantuan MOM atau MWC sekiranya mereka berdepan dengan sebarang isu seperti berkaitan kebajikan atau pertikaian gaji apabila di Singapura," ujar Encik Yeo.



Tambah beliau, para jurulatih SIP juga dilatih dalam menguruskan kes, yang dapat membantu mereka menyampaikan kandungan latihan itu dengan cara lebih mudah dan dikaitkan dengan kehidupan sebenar.



Majikan diingatkan untuk menghantar pekerja asing mereka menghadiri SIP sebelum permit kerja diberikan.



SIP juga perlu tamatkan dalam masa 14 hari selepas pekerja asing itu tiba di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >