Program perintis bantu bekas pesalah mulakan hidup baru
Usaha diterajui Pergas bertujuan memperkasa banduan agar tidak ulangi kesilapan
Jun 17, 2016 | 05:30 AM
MEMBERI sinar harapan kepada bekas pesalah agar tidak mengulangi kesilapan dengan membangkitkan semangat mereka memulakan hidup baru.
Itulah tujuan program perintis, Insan Mukmin, yang diterajui Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dengan kerjasama Yayasan Mendaki dan Angkatan Karyawan Islam (AMP).