Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Program perintis benarkan pekerja migran keluar bakal bermula minggu depan

Antara lokasi yang boleh dikunjungi termasuk Little India, pusat rekreasi
Sep 10, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH program perintis bagi membenarkan pekerja migran dalam dormitori kembali ke dalam masyarakat akan bermula pada minggu depan - sembilan bulan selepas skim itu kali pertama diumumkan pada Disember tahun lalu, dan lebih daripada 16 bulan setelah langkah sekatan pergerakan dilaksanakan.



Sebagai permulaan, sehingga 500 pekerja migran sudah divaksin sepenuhnya yang tinggal dalam dormitori tanpa kes Covid-19 dalam dua minggu sebelumnya akan dibenarkan mengunjungi lokasi yang telah dikenal pasti dalam masyarakat sehingga enam jam setiap minggu.



Dormitori tersebut juga perlu mempunyai langkah kehidupan selamat yang baik dilaksanakan dan mempunyai kadar vaksinasi 90 peratus, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Lebih daripada sembilan dalam 10 pekerja migran yang tinggal di dormitori telah divaksin sepenuhnya, namun difahamkan bahawa beberapa dormitori belum memenuhi kadar vaksinasi yang diperlukan itu.



Lokasi pertama yang telah dikenal pasti bagi skim perintis itu ialah Little India.



Pekerja akan perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) sebelum mengunjungi lokasi itu dan tiga hari selepas kunjungan mereka.



MOM akan menilai skim perintis itu selepas sebulan untuk melihat bagaimana ia boleh memperluaskan skop dan skalanya dengan selamat.



Kementerian itu juga akan melonggarkan sekatan lain mulai Isnin depan.



Ini sedang rejimen ujian sendiri mandatori baru bagi pekerja yang tinggal di dormitori juga akan bermula pada hari yang sama.



Sebagai sebahagian rejimen baru itu, pekerja akan perlu melakukan ujian sendiri dengan kerap menggunakan ART.



Ini di samping ujian rutin berjadual yang mereka perlu lalui setiap tujuh atau 14 hari.



Mulai Isnin ini, semua pekerja migran juga akan dibenarkan mengunjungi pusat rekreasi yang ditetapkan untuk mereka dua kali seminggu berbanding seminggu sekali kini.



MOM berkata ia akan bekerjasama dengan badan bukan pemerintah (NGO) untuk memperkenalkan kegiatan seperti tayangan filem, acara sukan dan khidmat keagamaan.



Pekerja akan dibenarkan mengunjungi pusat rekreasi itu dalam tempoh 48 jam selepas menerima keputusan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) negatif atau dalam tempoh 24 jam selepas menerima keputusan ART negatif.



Pekerja yang ingin mengunjungi pusat rekreasi bagi kali kedua dalam minggu yang sama di luar tempoh ujian biasa mereka boleh melakukannya dengan keputusan ART negatif.



Ujian tambahan ini boleh dilakukan di pusat rekreasi.



Lawatan ke tarikan tempatan dianjurkan NGO juga akan dibenarkan disambung semula.



Peserta mesti melakukan ujian praacara.



Bercakap dengan media semasa lawatan ke dormitori Westlite Mandai, di mana kelompok 14 kes jangkitan ditutup baru-baru ini, Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, berkata rancangan awal adalah untuk membolehkan pekerja mengunjungi Little India pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad dalam dua slot masa pada pagi dan petang.



Sekitar 80 pekerja akan diperuntukkan bagi setiap slot masa.



"Dengan ini, kami berpendapat saiz kumpulannya mudah diurus. Tidak akan ada kesesakan di Little India, dan bersama dengan sukarelawan dan rakan NGO yang telah bekerja rapat dengan kami dalam hal ini, saya rasa kami boleh mengendalikan interaksi mereka dalam masyarakat di kawasan kecil dengan sesuai," kata beliau.




"Dengan ini, kami berpendapat saiz kumpulannya mudah diurus. Tidak akan ada kesesakan di Little India, dan bersama dengan sukarelawan dan rakan NGO yang telah bekerja rapat dengan kami dalam hal ini, saya rasa kami boleh mengendalikan interaksi mereka dalam masyarakat di kawasan kecil dengan sesuai."
- Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >