IA kali pertama Cik Fatimah Yusof menggunakan ATM sendiri dalam hidupnya. Seperti warga emas lain, beliau berasa takut menggunakan ATM tanpa bantuan anaknya kerana "takut tersalah tekan butang".
Namun, nenek lima cucu berusia 65 tahun itu jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan ghairah apabila berjaya mengeluarkan duit daripada mesin tersebut dengan usahanya sendiri, semalam.