Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Perintis Masyarakat Uplift akan diluas ke lebih banyak kawasan

Susuli kejayaan dalam kehadiran pelajar ke sekolah
Aug 08, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai pelajar bakal meraih manfaat daripada peluasan program Perintis Masyarakat Uplift (Pasukan Bertindak bagi Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga) dalam tempoh dua tahun akan datang.



Program yang dimulakan pada Januari 2020 di Woodlands, Kreta Ayer dan Boon Lay itu akan diluaskan ke lebih banyak kawasan.



Ini setelah program perintis yang dijalankan menunjukkan hasil positif, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman semalam semasa sesi dalam talian bersama rakan keluarga yang terlibat dalam program itu.



"Sekitar 80 peratus pelajar yang terlibat dalam perintis ini pada awal 2020 menunjukkan peningkatan dalam kehadiran (sekolah) pada hujung 2020.



"Tahun ini, kami telah meluaskan program perintis itu ke Bukit Merah dan akan melepasi sasaran asal kami untuk membantu lebih 300 pelajar jelang akhir 2021, setahun lebih awal daripada dijangka.



"Oleh kerana program perintis ini menunjukkan hasil yang cukup baik, kami merancang meluaskannya lagi ke beberapa kawasan lain untuk menyokong lebih ramai pelajar dalam dua tahun akan datang," kata Dr Maliki.



Namun, kawasan-kawasan baru itu belum ditetapkan kerana badan-badan yang terlibat masih menilai kawasan di mana terdapat keperluan yang lebih tinggi.



Semasa sesi dalam talian semalam, Dr Maliki memuji sekitar 100 pendamping keluarga yang terlibat dalam program perintis itu atas "peranan kritikal dalam memperkukuh persekitaran rumah dan keluarga bagi pelajar" yang mereka mainkan.



Pendamping keluarga ini akan kerap berhubung dengan dan menawarkan sokongan sosioemosi kepada keluarga-keluarga ini.



Mereka juga akan menghubungkan keluarga ini dengan agensi atau program yang dapat membantu anak-anak mereka.



"Pendamping keluarga melengkapkan usaha sekolah dan Penyelaras Peringkat Bandar (TLC) untuk membantu membina faktor pelindung di rumah, seperti persekitaran rumah yang stabil dan kesedaran tentang keperluan pembangunan kanak-kanak.



"Gabungan usaha ini membantu memastikan para pelajar kita mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya," ujar Dr Maliki.



Dihubungi semalam, Cik Ismawati Mohamed Sidek, yang merupakan TLC bagi kawasan Boon Lay berkata, pada tahap awal pendampingan, keperluan setiap keluarga akan dinilai agar mereka dapat dibantu dengan cara yang paling sesuai.



Misalnya, dalam menangani masalah ketidakhadiran pelajar, mereka akan melihat sama ada ia berpunca daripada masalah pelajar itu sendiri ataupun ibu bapa pelajar tersebut.



Kadangkala, sesetengah ibu bapa tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana masalah keperluan asas, masalah kewangan atau mereka tidak sedar akan kesan ketidakhadiran pada anak-anak mereka, jelas Cik Ismawati.



"Masalah ketidakhadiran sebenarnya sangat luas, kadang, ia disebabkan isu keluarga, isu pelajar atau kadang ada sesuatu yang berlaku dalam keluarga tersebut pada waktu itu sahaja yang menyebabkan pelajar itu tidak ke sekolah.



"Dengan bantuan dan bimbingan yang kami tawarkan, mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dan kehadiran pelajar itu bertambah baik," kata beliau.



Sementara itu, Dr Maliki berkata lagi 150 pendamping keluarga mahu direkrut dalam dua tahun akan datang bagi program Uplift.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >