Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Program Perintis Masyarakat Uplift diperluas ke Bukit Merah

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH ingin mendekati lebih 300 pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik menerusi Program Perintis Masyarakat Uplift menjelang 2022, dengan langkah memperluas program itu ke kawasan perumahan Bukit Merah, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.



Berkata demikian semasa perbahasan belanjawan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, Dr Maliki yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) mendedahkan bahawa program perintis itu telah menampilkan hasil yang positif, dengan 80 peratus daripada pelajar yang menyertainya awal tahun lalu hadir ke sekolah secara lebih kerap.



Malah sejak bulan lalu, program itu diperluas kepada lebih ramai pelajar, termasuk mereka yang tinggal di flat sewa.



Program Perintis Masyarakat Uplift dimulakan di Boon Lay, Kreta Ayer dan Woodlands pada Januari 2020.



Uplift merupakan singkatan bagi Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga.



Keluarga yang menyertai program itu disokong Penyelaras Peringkat Bandar Uplift (TLC) untuk memastikan penyampaian maklumat yang lancar dan menyelaras sokongan bagi keluarga daripada agensi masyarakat.



"Tugas TLC ini penting kerana agensi masyarakat mungkin tidak sentiasa dapat mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan bantuan.



"Sekolah juga mungkin tidak sedar akan semua sumber masyarakat yang ada untuk membantu pelajar mereka," ujar Dr Maliki.



Tambahnya, pemerintah juga akan merekrut relawan untuk memainkan peranan sebagai pendamping keluarga Uplift untuk menghubungi keluarga di bawah program itu secara kerap dan membimbing mereka selain membantu TLC.



Kumpulan pertama seramai 50 pendamping selesai menjalani latihan mereka Disember lalu dan mereka sudah dipadankan dengan keluarga di bawah program tersebut.



Dr Maliki turut berkongsi tentang sepasang suami isteri - Encik Mohammed Nazri Bakri, 35 tahun dan Cik Mariana Omar, 34 tahun - yang disokong program itu.



Pasangan itu mempunyai lima anak di peringkat sekolah rendah dan seorang lagi anak yang berumur kurang setahun.



TLC yang membantu keluarga itu mendapati bahawa Encik Nazri dan anaknya telah tinggal di Malaysia selama beberapa tahun.



Anaknya mendapati sukar menyesuaikan diri apabila mereka kembali ke Singapura kerana tahap akademik mereka lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka.



Selain dibantu TLC, keluarga itu juga telah dipadankan dengan dua pendamping.



Salah seorang pendamping itu ialah Encik Aiyadurai Rajeevan, seorang karyawan IT, dan beliau telah membantu anak mereka menyesuaikan diri dengan pembelajaran di dalam talian.



Kini, Dr Maliki berkata anak Encik Nazri lebih kerap ke sekolah.



Tambahnya, MOE akan terus menarik lebih ramai rakan kerja masyarakat untuk menyokong program itu, antara lain bekerjasama untuk membangunkan program yang sesuai serta menghubungkan mereka dengan sekolah supaya dapat dimanfaatkan pelajar.



"Tugas kami di Uplift memerlukan usaha seluruh masyarakat.



"Kami akan meneruskan usaha ini dan bekerjasama dengan rakan kerja masyarakat untuk memastikan tiada anak ketinggalan," ujar beliau.



Ketika dilantik sebagai pengerusi Uplift, Dr Maliki berkata beliau ingin mempertingkat kerjasama dengan badan bantu diri serta mendapatkan penyertaan Persatuan Rakyat (PA) dalam pasukan bertindak itu.



Menurutnya, mereka telah membawa kepakaran dan pengalaman yang berharga untuk memajukan Uplift.



Dr Maliki berkata MOE akan terus bekerja rapat dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan agensi pemerintah lain untuk memastikan sinergi antara daya usaha yang berbeza seperti ComLink dan KidSTART serta program masyarakat seperti M3.



Beliau turut menarik perhatian antara strategi utama Uplift untuk mengukuhkan penjagaan dan sokongan pelajar selepas sekolah, khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai sekitaran yang sesuai di rumah.



Tambahnya, pemerintah telah menubuhkan pusat jagaan pelajar di kesemua sekolah rendah di sini sejak tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >