Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Program persiap asatizah muda dipertingkat

132 lulusan pengajian Islam sertai Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) sejak dilancar tahun lalu
Jul 28, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR pengajian Islam yang baru lulus dari institusi luar dan dalam negara akan menerima lebih banyak sokongan memperkukuh kecekapan bahasa Inggeris dan bahasa Arab.



Mereka juga akan mempunyai lebih banyak peluang pembelajaran amali untuk mempersiapkan mereka bagi tugas sebagai asatizah.



Ini sedang Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bakal mempertingkatkan Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS).



Sejak dilancarkan April tahun lalu, program itu telah disertai 132 individu yang baru tamat pengajian Islam.



Memberi perkembangan tentang PCICS di Parlimen semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata kohort pertama pelajar telah menyertai program itu pada April tahun lalu.



Sejak itu, program satu tahun itu telah disertai tiga kohort, melibatkan seramai 132 lulusan pengajian agama.



Kohort pertama PCICS telah menunjukkan prestasi yang baik, meskipun di tengah cabaran pandemik Covid-19, kata Encik Masagos.



Ini berdasarkan pemerhatian oleh jawatankuasa akademik yang merangkumi wakil kanan Muis, anggota fakulti rakan universiti termasuk Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Universiti Al-Azhar dan Universiti Jordan.



"Berdasarkan maklum balas daripada kohort pertama pelajar, 70 peratus berasa tujuan pembelajaran bagi pelbagai modul telah dikecapi, dan mereka melaporkan pengalaman pembelajaran yang positif," kata Encik Masagos.



Kohort pertama itu akan lulus tahun ini dan Muis akan terus mendekati pelajar itu untuk menilai bagaimana PCICS boleh membantu mempersiap mereka untuk pekerjaan sebagai asatizah.



Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) yang meminta perkembangan tentang program PCICS dan usaha berkaitan menubuhkan kolej Islam di Singapura.



Dr Wan Rizal juga telah menyarankan agar lebih banyak peluang bekerja sambil belajar disediakan, dan agar modul dalam talian turut diperkenalkan supaya pelajar boleh mengikutinya semasa mereka di sekolah lagi.



Ini agar tempoh program setahun di bawah kursus possiswazah itu kemudian boleh dikurangkan, dan lulusan itu boleh segera bekerja.



Menjawab soalan itu, Encik Masagos berkata program itu masih baru, dan akan terus disemak untuk memastikan ia memenuhi kepentingan pelajar dan masa depan mereka.



Dalam jawapannya lagi, Encik Masagos berkata program tersebut merupakan satu langkah awal penting ke arah menubuhkan institusi pengajian tinggi Islam di sini.



Usaha tersebut membolehkan Muis untuk mengumpul pengalaman dan bidang ilmu bagi membangun kurikulum pengajian tinggi, dengan kerjasama rakan antarabangsa.



Selain itu, Muis juga melancarkan Program Penyelidikan bagi Masyarakat Islam Gemilang (RPCS) pada Jun lalu untuk membangun bidang ilmu tentang isu yang dihadapi masyarakat Islam minoriti dalam masyarakat sekular.



"PCICS dan RPCS akan membolehkan Muis untuk membina asas kukuh bagi membangun pemimpin keagamaan dihormati yang akan membimbing masyarakat Islam untuk berkembang maju di Singapura, dan menyumbang kepada Masyarakat Gemilang," kata Encik Masagos.




"Berdasarkan maklum balas daripada kohort pertama pelajar, 70 peratus berasa tujuan pembelajaran bagi pelbagai modul telah dikecapi, dan mereka melaporkan pengalaman pembelajaran yang positif."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >