Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN 2018

Program persiapan rumah tangga: Peraturan baru bagi pasangan bawah umur bermula 1 Okt

Mar 09, 2018 | 05:30 AM



LANGKAH yang mewajibkan pasangan bawah umur menjalani program persiapan rumah tangga dan mendapat izin ibu bapa akan berkuat kuasa 1 Oktober ini.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) juga akan meningkatkan kurikulum program persiapan berkenaan, yang akan memberi manfaat kepada sekitar 200 pasangan bawah umur setiap tahun.



Ini diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, di bahas belanjawan bagi ehwal masyarakat Islam di Parlimen semalam.



"Sedang bilangan rumah tangga melibatkan pasangan bawah umur telah merosot daripada 10 peratus perkahwinan Muslim pada 2007 kepada 3.6 peratus pada 2017, kumpulan ini masih memerlukan sokongan," ujar Dr Yaacob.



Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong) yang meminta dijelas mengenai perkembangan yang melibatkan sokongan bagi pasangan bawah umur, menyusuli pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla) tahun lalu.



Amla yang dipinda di Parlimen Ogos lalu, antara lain mewajibkan pasangan yang melibatkan satu pihak atau kededua pihak berusia bawah 21 tahun menjalani program persiapan rumah tangga dan mendapatkan izin ibu bapa atau penjaga.



Program Persiapan Rumah Tangga Wajib ialah program yang direka khusus bagi pasangan muda membantu mereka mengambil keputusan baik tentang perkahwinan dan lebih bersedia membuat penyesuaian dan menghadapi cabaran.



Di bawah program tersebut, pasangan bawah umur perlu menyertai sesi perundingan bagi membantu mereka mengatasi keprihatinan mereka tentang perjalanan perkahwinan dan membina keluarga.



Selain itu, pasangan bawah umur perlu menyertai bengkel pendidikan rumah tangga tentang topik seperti pengurusan kewangan, komunikasi dan huraian konflik.



Malah, ibu bapa digalakkan agar menyertai sesi perundingan serta bengkel tersebut.



Pasangan boleh mendaftar dengan penyedia khidmat yang dilantik - INSPIRASI Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) di Bukit Batok, dan INSPIRASI Angkatan Karyawan Islam (AMP) di Pasir Ris.



Selepas perkahwinan, mereka juga boleh menyertai pelbagai program pengayaan di dua pusat tersebut.



Satu lagi golongan yang akan mendapat sokongan lebih kukuh ialah keluarga tiri, sedang MSF bekerjasama dengan PPIS Vista Sakinah dalam usaha tersebut, kata Dr Yaacob.



Vista Sakinah akan berganding bahu dengan pertubuhan yang memberi khidmat kepada keluarga tiri bergaji rendah, dan akan meniadakan bayaran program persiapan perkahwinan semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >