Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program pos-siswazah baru demi bantu asatizah hadapi isu agama masyarakat kontemporari dilancar

Jul 24, 2019 | 01:16 PM



PROGRAM pos-siswazah yang bertujuan untuk membantu golongan asatizah mengaplikasikan sains Islam tradisional terhadap konteks moden Singapura telah dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) hari ini.



Sijil Pos-siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) merupakan program setahun yang akan dimulakan April 2020 dan akan melengkapkan pelajar dengan kebolehan untuk menghadapi isu dan masalah agama dalam masyarakat kontemporari.



Program tersebut harus dilalui semua yang ingin menceburi bidang mengajar agama.



Program tersebut dilancarkan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa bengkel Pendidikan Islam Tinggi di hotel Royal Plaza on Scotts.



Dalam ucapannya, Encik Masagos berkata program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha ke arah menubuhkan Kolej Islam Singapura yang bakal melatih golongan asatizah yang akan membimbing generasi akan datang.



“Dengan PCICS, Muis berharap untuk meneroka pedagogi berbeza dalam mengajar dan mempelajari tentang Islam, dan ini akan diterapkan dalam Kolej Islam Singapura akan datang,” ujarnya.



Dalam mengendalikan program ini, Muis telah memulakan kerjasama bersama beberapa universiti luar negara termasuk Universiti Al-Azhar dan Universiti Jordan.



Kerjasama dengan universiti tempatan pula melibatkan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS).



Beberapa modul yang ditawarkan universiti tempatan termasuk Memahami Dunia Sosial, Agama dalam Masyarakat Kontemporari, dan  Islam di Asia Tenggara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >