Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Powers dilancar galak wanita sertai bidang Stem

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH program untuk menggalak lebih ramai wanita menceburi kerjaya dan mempelajari bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) dilancarkan semalam setelah satu kajian menunjukkan bilangan wanita dalam bidang itu masih rendah.



Justeru, program baru Powers (Galakan bagi Wanita dalam Kejuruteraan, Penyelidikan, dan Sains) itu bertujuan merekrut dan memperkasa wanita dengan matlamat jangka panjang untuk meningkatkan kepelbagaian jantina dalam kerjaya Stem.



Presiden Halimah Yacob, bersama Presiden Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Subra Suresh dan dua pengasas bersama Women@NTU yang menerajui program Powers - Profesor Madya Sierin Lim, dan Profesor Madya Kimberly Kline - melancarkan program tersebut sewaktu simposium Wanita dalam Kejuruteraan, Sains & Teknologi (WiEST) yang diadakan di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian semalam.



Dalam ucapannya, Puan Halimah berkata untuk maju sebagai sebuah negara sedang ia pulih menyusuli pandemik Covid-19, adalah penting bagi wanita untuk berada di barisan depan ilmu, membentuk arah masa depan kejuruteraan, sains dan teknologi.



Dengan wanita di depan kemajuan santifik dan kejuruteraan, lebih banyak perhatian boleh diberikan kepada isu berkaitan wanita.



"Mempunyai jurutera, saintis atau ahli teknologi wanita bermakna lebih ramai wanita akan menerajui penemuan penting, membangunkan perubatan dan teknologi baru, yang kemudiannya mendorong ekonomi kita, mewujudkan pekerjaan dan membina dunia yang lebih baik buat semua," tambahnya.



Berdasarkan tinjauan oleh pasukan Powers ke atas 738 warga Singapura, ia menunjukkan hanya 58 peratus wanita yang tamat pengajian diploma atau ijazah dalam Stem melanjutkan pekerjaan dalam bidang itu berbanding 70 peratus lelaki yang mempunyai kelayakan yang sama.



Ini walaupun wanita dan lelaki meluahkan minat yang sama menceburi kerjaya dalam Stem.



Dalam pada itu, wanita yang meninggalkan laluan kerjaya Stem lebih kemungkinan berbanding lelaki untuk berasa adanya halangan dari segi kemajuan dalam kerjaya mereka, dan menghadapi isu inklusiviti di mana mereka tidak rasa sebahagian daripada bidang itu.



Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) pula melaporkan kurang daripada 30 peratus jurutera dan saintis penyelidikan di Singapura merupakan wanita, dengan jurang gaji di mana wanita dibayar sekitar 6 peratus lebih rendah berbanding lelaki.



Profesor Madya Lim, yang juga Dekan Bersekutu (Kerjasama Global) Kolej Graduan di NTU, berkata kepelbagaian jantina dalam Stem penting kerana masalah rumit dalam dunia hari ini memerlukan kepelbagaian dalam perspektif dan pendekatan, dan juga penting bagi kesihatan ekonomi Singapura.



Powers bakal menggalakkan kepelbagaian dalam Stem dengan menghubungkan pelajar kepada masyarakat Stem, menjalankan penyelidikan untuk membangun pendekatan berdasarkan konteks setempat, dan bekerjasama dengan pendidik dan masyarakat bagi membina ekosistem yang menyokong wanita.



Profesor Madya Kline, yang juga Dekan Bersekutu (Fakulti) Kolej Sains di NTU berkata:



"Kami mahu generasi wanita seterusnya untuk melihat diri mereka sebagai ejen perubahan sedang mereka memanfaatkan pendidikan Stem untuk menangani cabaran global. Kami sedang membina masyarakat wanita berpencapaian tinggi kerana kami percaya kami lebih kuat bersama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >