Program pupuk firma setempat jadi kuasa sejagat dilancar

SEBANYAK 25 syarikat setempat yang berpotensi akan dipupuk untuk menjadi syarikat gergasi global pada masa depan.

Ini menyusuli pelancaran program ‘Scale-up SG’, buat julung-julung kalinya oleh Enterprise Singapore (ESG) hari ini. 

Syarikat terlibat termasuk Jumbo Group, PBA Group, Goldbell Corporation dan Koufu.

Scale-up SG, yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2019, adalah program selama dua setengah tahun yang bertujuan membantu syarikat pertumbuhan tingggi dan beraspirasi untuk berkembang ke luar dan meluaskan skala dengan pesat. 

Antara lain, syarikat di bawah program itu akan meraih manfaat daripada usaha belajar dari satu sama lain dan kerjasama dalam kalangan masyarakat ketua pegawai eksekutif dan pengasas perniagaan yang sangat rapat di samping pembangunan pasukan kepimpinan dan generasi pelapis. 

Syarikat-syarikat akan menyertai program secara berkohort, yang terdiri di antara 10 hingga 15 syarikat.