Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program SE-YA! sepadukan sumber inisiatif belia CDC South East

Jun 03, 2023 | 09:04 PM



SATU program baru untuk menyepadukan sumber ketiga-tiga inisiatif belia Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East telah dilancarkan.

Ini agar belia bagi daerah itu dapat dipupuk, aspirasi dapat disokong dan keupayaan kepimpinan dapat diasah dengan lebih baik.

Dikenali sebagai Program Duta! Belia South East (SE-YA!), ia dilancarkan Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, dalam satu majlis di ruang acara All To Gather di 90 Lorong 23 Geylang pada Sabtu.


Ketiga-tiga inisiatif tersebut adalah inisiatif My First Break (MFB), Makmal Masyarakat (CommLab) dan Program Duta Belia Keharmonian Kaum (RHYA).


Dalam satu kenyataan media oleh CDC South East, Encik Fahmi berkata: “Singapura melihat trend semangat kesukarelawanan belia yang meningkat. CDC South East... berada pada kedudukan baik untuk memanfaatkan kakitangan dan sumber bagi memperkasakan belia di sini agar dapat merealisasikan visi mereka untuk komuniti kita.”

Kenyataan itu menambah SE-YA! akan melengkapkan para belia dengan keperluan membina inisiatif yang memberi impak dalam salah satu daripada lima teras tumpuan daerah itu – iaitu kelestarian, kesejahteraan mental, keharmonian, kasih sayang dan pembangunan kemahiran.

Di samping itu, interaksi antara duta SE-YA! dan Ahli Majlis Daerah South East akan menjadi tunggak program ini kerana ia penting bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia kesukarelawanan untuk ada rangkaian sokongan.

“Sepertimana tumpuan diberikan kepada peri pentingnya seorang mentor dan untuk meraih pengalaman bermakna bagi membantu belia beralih ke alam pekerjaan, ia juga (sama) penting bagi mereka yang baru mula dalam dunia kesukarelawanan... untuk ada rangkaian sokongan yang sama,” jelas Encik Fahmi.

Oleh demikian, Ahli Majlis akan memainkan peranan sebagai mentor atau dalam kapasiti untuk memberi tunjuk ajar.

Ahli Majlis Daerah CDC South East, Encik Abdul Rahman Bakar, berkata: “Sebagai mentor, saya mengalu-alukan (peluang) untuk berkongsi pengetahuan saya tetapi lebih penting, untuk meluaskan perspektif saya dan idea saya dengan maklum balas mereka.”

Pengerusi SE-YA!, Encik Teo Qi Xian, menjelaskan sebagai sukarelawan, beliau sebenarnya juga memperoleh kemahiran perniagaan dan komunikasi semasa pelibatannya dalam salah satu inisiatif belia CDC South East.

Beliau, yang juga pengasas bersama Wingmate, berkata: “Dengan menjadi sukarelawan bersama CDC South East, ia telah memainkan peranan penting dalam perjalanan pertumbuhan dan keusahawanan saya sendiri.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >