Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Program SGSecure peringkat kejiranan dilancar di Chong Pang

May 28, 2016 | 05:26 PM

BAGI menggalak lebih ramai rakyat Singapura membangunkan sebuah masyarakat yang bersedia menangani masa-masa kecemasan seperti serangan pengganas, program baru yang dikenali "SGSecure di Kejiranan" akan diperluaskan lagi ke lima kawasan kejiranan lain.

Kawasan itu adalah Toa Payoh West-Balestier, Bedok, Pasir Ris West, Nee Soon South dan juga Jurong Spring, yang akan mengadakan acara Hari Persediaan Kecemasan (EP) itu esok.

Berucap pada acara pertama 'SGSecure di Kejiranan' yang diadakan di Chong Pang hari ini, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menekankan perlunya rakyat Singapura kekal bersiap sedia dan memikul tanggungjawab menjaga dalam keselamatan negara.

"Kita perlu sentiasa bersedia jika berlakunya serangan, baik dari segi bagaimana kita dapat bertindak apabila serangan berlaku serta bersedia menempuhi selepas serangan itu terjadi. Kedua-duanya amat penting.

"Kita juga harus mempunyai kemahiran asas mengenai apa yang perlu dilakukan sebagai langkah kesediaan sewaktu kecemasan di samping kemahiran dari segi perpaduan masyarakat," ujar Encik Shamnugam.

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map