Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program 'SingapoRewards' STB tawar 40 kegiatan, lawatan percuma bagi pelancong

stb
Mar 08, 2023 | 05:30 AM



PELANCONG yang datang ke Singapura berpeluang menikmati satu daripada hampir 40 kegiatan atau kunjungan ke tempat baru atau "tidak diketahui ramai" di sini secara percuma di bawah sebuah satu program baru yang dilancarkan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Selasa.



Program SingapoRewards itu, yang akan dijalankan sepanjang 2023, membolehkan pengunjung jangka pendek yang layak menebus sebuah pengalaman percuma daripada senarai kegiatan yang dipilih secara khusus mulai 7 Mac.



Ini termasuk seperti kegiatan 'Aminah in Kampong Gelam: Neighbourhood Walking Tour' (Aminah di Kampong Gelam: Jelajah Berjalan di Kejiranan), di mana pelancong berpeluang mengikut pemandu pelancong profesional untuk mengenali lebih mendalam kawasan Kampong Gelam melalui kisah rekaan, kejadian bersejarah dan peluang bergambar.



Kegiatan lain termasuk bengkel mempelajari latar belakang dan budaya upacara minum teh Cina, lawatan berjalan untuk mengenali mitos dan keindahan tapak bersejarah di bahagian selatan Singapura, dan lawatan ke Lapangan Terbang Changi serta Jewel Changi.



Sebelum ini, program ini dirintis dari Oktober 2022 hingga Mac 2023 bagi pelancong dari Australia, India dan Indonesia.



Dalam satu kenyataannya, STB berkata kebanyakan kegiatan itu memapar tempat kurang dikenali atau memberi akses kepada pengalaman unik dan eksklusif, serta menawarkan perspektif baru tentang negara ini.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB, Encik Keith Tan, berkata pelancongan telah kembali dengan kukuh sejak sempadan Singapura dibuka semula sepenuhnya tahun lalu.



Sedang lebih ramai pelancong antarabangsa kembali ke negara ini, Encik Tan berkata STB mahu mempertingkat pengalaman mereka di sini dengan memperkenal "permata tersembunyi" yang unik kepada negara ini.



"Dengan memberi tumpuan pada pengalaman inovatif, SingapoRewards juga menyediakan platform bagi perniagaan tempatan melancarkan dan menguji produk dan tawaran baru.



"Saya mengundang semua pengunjung meneroka pelbagai tawaran di bandar kita melalui SingapoRewards, dan berkongsi pengalaman positif mereka bersama yang lain," kata Encik Tan.



Pengasas Monster Day Tours, Encik Suen Tat Yam, berkata syarikatnya telah mereka kegiatan 'The Jewel Connection: Changi Airport & Jewel Changi Walking Tour' (Kaitan The Jewel: Lawatan Berjalan Kaki Lapangan Terbang Changi & Jewel Changi) untuk menawarkan pandangan dalam yang jarang dapat dialami di salah sebuah lapangan terbang terbaik di dunia.



"Sejak kempen SingapoRewards dirintis pada Oktober 2022, kami telah menerima maklum balas positif mengenai lawatan itu hingga kami tidak sabar melancarkannya kepada lebih ramai pengunjung," kata beliau.



Senarai penuh kegiatan dan tempahan boleh dilakukan di laman https://singaporewards.visitsingapore.com/en.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >