Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program sokongan bagi pesalah dadah dan keluarga dilancar

Nov 17, 2018 | 06:30 PM



SATU program holistik untuk membantu pesalah dadah Melayu / Islam menjauhi diri dari dadah selepas menjalani pemulihan telah dilancar.



Ini termasuk memberi sokongan kepada keluarga pesalah semasa mereka dalam tahanan, yang  bertujuan membantu mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pemulihan.



Dalam ucapannya semasa melancarkan program itu di Wisma Geylang Serai pada Sabtu (17 November),  Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin berkata statistik menunjukkan jumlah pesalah dadah Melayu melebihi perkadaran masyarakat Melayu di sini.



Malah, tambah beliau, jumlah pesalah baru Melayu juga telah meningkat daripada 36% dalam tahun 2007 ke 50% pada tahun 2017.



Sejauh ini, 185 pesalah dadah dan keluarga mereka  telah meraih manfaat program itu, kata Encik Amrin.



Dikendalikan Angkatan Karyawan Islam (AMP) dengan kerjasama Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), Program Pembangunan dan Integrasi Semula (DRP) itu dilancarkan sebagai program rintis yang melibatkan 23 pesalah pada 2017.



Merangkumi tiga bahagian sokongan, program ini memberi sokongan kepada pesalah dan keluarga, dari tempoh permulaan tahanan di  Pusat Pemulihan Dadah (DRC), sehingga tempoh setahun selepas mereka dibebaskan. Ia juga menyediakan khidmat pengurusan kes.



Program Pembangunan dan Integrasi Semula ini terdiri daripada tiga komponen iaitu, program pembangunan peribadi, program sokongan keluarga, dan perkhidmatan pengurusan kes.



Bagi menjauhi bekas banduan daripada menyalahguna dadah semula (reoffend), rangkaian sosial dan keluarga mereka perlu kuat. Sepanjang tempoh ini, setiap banduan akan didampingi pegawai kes yang sama.



Penolong Superintenden (ASP) di SPS Muhammad Ali Mochtar berkata banduan mungkin tidak dapat memberi tumpuan penuh kepada proses pemuliharaan jika mereka risau tentang keluarga mereka.



“Dengan adanya rakan yang membantu keluarga mereka dan selepas mereka diberi jaminan bahawa keluarga mereka dijaga, pesalah dapat menumpukan perhatian dengan lebih baik kepada program yang membantu dalam pemulihan,” kata ASP Muhammad Ali, yang berkhidmat dalam Divisyen Pemuliharaan dan Integrasi Semula.



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >