Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program sokongan 'GEM' di East Coast bantu penduduk cari kerja

Jun 29, 2020 | 08:12 PM



SEBUAH program sokongan kerja baru telah dilancarkan bagi membantu penduduk di GRC East Coast yang terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik Covid-19 untuk mencari kerja baru. 



Program yang dinamakan 'Project Getting Employed Matters (GEM) @ East Coast' akan membantu penduduk yang mencari kerja melalui sokongan menyeluruh dengan membimbing dan menyokong mereka sepanjang perjalanan mencari kerja baru.


Ia juga akan memastikan penduduk berpendapatan lebih rendah menerima bantuan sosial melebihi kerja.


Elaun pengangkutan akan diberikan kepada mereka yang berjaya mendapat kerja.


Mereka yang mencari kerja buat pertama kali juga akan disokong.


Program itu, yang merupakan kerjasama antara pertubuhan kebajikan sukarela Tao One Ltd dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, melengkapi Pusat Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited Tenaga Kerja Singapura (WSG).


“Kami komited untuk membantu penduduk kami yang mencari pekerjaan dalam masa sukar ini. Kami akan bekerjasama dengan rangkaian masyarakat majikan kami dan membimbing penduduk kami dalam pencarian pekerjaan mereka dan memastikan bahawa sokongan yang mencukupi diberikan kepada mereka untuk mengharungi tempoh ini.

 

"Kami akan menempuh perjalanan pencarian pekerjaan dengan mereka dan memberi mereka jaminan bahawa kami berada di sini untuk mereka," kata Mayor CDC South East, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan dan Ehwal Luar Negeri).


Penduduk di GRC East Coast boleh ke kelab/pusat masyarakat masing-masing mulai Rabu bagi bantuan di bawah Project GEM @ East Coast. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >