Program 'Tap-A-Meal' bolehkan penerima pilih, beli makanan sendiri, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Program 'Tap-A-Meal' bolehkan penerima pilih, beli makanan sendiri

Sep 23, 2021 | 05:30 AM

LAKSA dan nasi panas bersama lauk kari adalah antara makanan kegemaran Cik Norlini Mansor dan suaminya.

Kini, pasangan itu boleh membeli makanan itu pada bila-bila masa menerusi program Tap-A-Meal yang dikendalikan oleh Food Bank Singapura (FBSG).

Program yang ditujukan kepada sekitar 40,000 benefisiari badan kebajikan itu bertujuan memperkasakan mereka dengan membolehkan mereka memilih dan membeli sendiri makanan dan minuman.

Sebelum ini, benefisiari bantuan makanan FBSG menerima habuan masing-masing langsung ke rumah menerusi khidmat penghantaran dan tidak boleh memilih jenis makanan yang diterima.

Namun, di bawah program Tap-A-Meal ini, benefisiari diberikan kad nilai, dipanggil 'Bank Card', yang diisikan dengan $50 sebulan.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Benefisiari seperti Cik Norlini, 70 tahun, boleh menggunakan kad tersebut untuk membeli makanan sendiri di tempat makanan dan minuman (F&B) yang menyertai program itu.

Buat masa ini, 19 kedai makan yang dikendalikan Fei Siong Group, termasuk tempat yang menjual makanan halal seperti Boleh-Boleh dan Encik Tan, telah menyertai program tersebut.

Ditemui semalam, Cik Norlini berkata menggunakan kad itu untuk membeli makanan adalah mudah.

"Saya hanya perlu membawa kad itu ke tempat makan dan menggunakannya untuk membayar.

"Alhamdulillah juga kita dapat bantuan tambahan ini," ujar Cik Norlini sambil menambah beliau lebih kerap masak di rumah tetapi menghargai pilihan untuk membeli sendiri makanan di luar.

Buat masa ini, sekitar 5,000 kad tersebut telah diagihkan dan ia akan ditambah nilai $50 secara automatik setiap bulan.

Cik Nichol Ng, pengasas bersama FBSG, berkata pasukannya merancang untuk mengagihkan baki kad yang lain menjelang Jun atau September tahun depan.

"Kami sedang memperluaskan program ini kepada semua organisasi benefisari dan juga sedang mendekati Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) untuk memastikan mereka yang memerlukan dapat dibantu dan mereka yang memerlukan makanan diberi makanan.

"Pada masa yang sama, kami berharap dapat bekerja sama dengan penjaja serta syarikat F&B yang lain untuk terus menawarkan makanan yang berlainan untuk dinikmati benefisiari kami," kata Cik Ng.

Tambahnya, FBSG berharap dapat bekerjasama dengan 1,000 tempat makan menjelang tahun depan supaya benefisiari mereka dapat akses kepada makanan berlainan di tempat makan berdekatan rumah mereka.

Ini termasuk gerai penjaja serta kedai makanan dan minuman.

Naib Presiden Kanan (Strategi Kumpulan dan Pembangunan Perniagaan) di Fei Siong Group, Encik Jedrick Tan, berkata pihaknya secara progresif akan memperluas program itu ke seluruh jenama kumpulan tersebut.

"Dengan model ini, benefisiari FBSG dapat mengunjungi cawangan-cawangan kami dengan mudah dan menebus makanan mereka dengan kad dan aplikasi Tap-A-Meal," kata Encik Tan yang berkata syarikatnya menitik beratkan usaha berjasa kepada masyarakat.

"Jadi melalui inisiatif ini, kita dapat memainkan peranan untuk membantu mereka yang memerlukan, terutamanya semasa tempoh yang mencabar ini," tambahnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map