Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program 'Teacher Everywhere' latih guru relawan ajar anak kurang bernasib baik

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



BIASANYA setiap Sabtu, Cik Siti Nurhafizah Mohamed Solhin meluangkan masa bersantai dengan keluarganya.



Namun semalam, ibu muda yang mempunyai dua anak berumur empat bulan dan dua tahun itu meluangkan pagi Sabtunya menjalani latihan antara lain tentang pembangunan awal kanak-kanak serta bercerita kepada kanak-kanak dua hingga enam tahun secara berkesan.



Beliau antara sekitar 250 individu yang menyertai Teacher Everywhere, satu program baru yang dilancarkan oleh Dana Masyarakat EtonHouse (ECF) yang melatih guru relawan secara percuma supaya mereka boleh mengajar kanak-kanak daripada latar belakang yang kurang bernasib baik.



Cik Siti Nurhafizah, 35 tahun, mengikuti sesi pertama latihan di bawah program itu di Sekolah Antarabangsa EtonHouse di 10 Tanglin Road di Orchard semalam.



Program itu mula merekrut relawan Oktober lalu dan dalam tempoh tiga minggu, lebih 200 relawan daripada pelbagai latar belakang dan usia tampil ingin menyertai program tersebut.



Mereka termasuk individu daripada pelbagai negara selain warga negara ini seperti Britain, Amerika Syarikat, Australia dan India serta pelbagai bidang termasuk sains, perubatan dan kewangan, malah ada juga yang suri rumah dan pelajar.



Selepas selesai menjalani kursus itu, relawan mendapat pentauliahan mengendali program Joyful Learning, satu program eksklusif bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.



Cik Siti Nurhafizah, seorang eksekutif pentadbiran, mendapat tahu tentang program Teacher Everywhere menerusi media sosial dan beliau terdorong menyertainya.



"Saya yakin bahawa kebolehan membaca penting sebagai asas dalam pembangunan kanak-kanak, jadi saya teruja menggalak kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik ini membaca.



"Pada masa yang sama, saya juga berharap kemahiran dan pengetahuan yang saya raih menerusi program ini dapat membantu saya membimbing dua anak kecil saya sendiri," ujarnya yang mempunyai pengalaman menjadi relawan membimbing pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) daripada latar belakang kurang bernasib baik di bawah Mendaki sebelum ini.



Selepas selesai menjalani latihan, relawan Teacher Everywhere akan bekerjasama dengan pelbagai kumpulan masyarakat agar mereka dapat bekerja secara langsung dengan kanak-kanak dan keluarga daripada latar belakang kurang bernasib baik.



Orang ramai yang ingin menyertai program itu sebagai relawan atau rakan kerja boleh menghubungi ECF menerusi e-mel enquiry@ehcommunityfund.org.sg.



Pengasas EtonHouse International Group dan ECF, Cik Ng Gim Choo, yang mempelopori usaha itu berkata tidak ada anak harus ketinggalan.



"Menerusi program Teacher Everywhere dan Joyful Learning, ECF berharap dapat meningkatkan jangkauan kami dan kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, melengkapi mereka dengan kemahiran dan pengetahuan untuk berjaya di sekolah dan selanjutnya," ujar beliau.



Program Teacher Everywhere meraih inspirasi daripada satu usaha sekumpulan guru EtonHouse yang mengajar kelas bahasa Inggeris setiap minggu kepada kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun di Henderson WeLL Centre.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >