LEBIH 7,000 pesakit di Poliklinik Jagaan Kesihatan Nasional (NHGP) telah meraih manfaat daripada konsultasi penjagaan kesihatan menerusi telefon dan menjimatkan masa daripada perlu melakukan sejumlah lebih 10,000 kunjungan ke poliklinik.
Demikian perangkaan bagi program Tele-Care itu di NHGP bagi tempoh tahun kewangan 2017, yang dicatatkan dalam laporan tahunan NHGP baru-baru ini.