Program tingkat kecergasan, minda warga emas akan diperluas
Kini dijalankan di 37 pusat kegiatan warga emas dan kolong blok; akan ke 130 kawasan dalam tempoh tiga tahun akan datang
Jul 10, 2019 | 05:30 AM
PROGRAM senaman yang telah membantu warga emas memperbaiki kesejahteraan minda, daya ingatan dan keupayaan melaksanakan tugasan harian bakal diperluas ke serata Singapura.
Program Menggalak Penuaan Sihat Bagi Anda (Happy), yang kini dijalankan di 37 pusat kegiatan warga emas dan kolong blok, akan diperluas ke 130 kawasan dalam tempoh tiga tahun akan datang.