Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program tukar kerjaya jadi ahli fisioterapi diperkenal

Feb 10, 2019 | 05:30 AM



INDIVIDU yang ingin menukar kerjaya menjadi ahli fisioterapi kini boleh menyertai satu Program Penukaran Profesional (PCP) baru yang diperkenalkan semalam. PCP bagi Ahli Fisioterapi (Dipercepatkan) itu memberi peluang kepada individu pertengahan kerjaya meraih pengetahuan



dan kemahiran baru menerusi program sarjana muda sains (kepujian) dalam fisioterapi yang ditawarkan Institut Teknologi Singapura (SIT).



Bermula September ini, program selama dua tahun dan lapan bulan itu disasarkan kepada individu pertengahan kerjaya yang mempunyai kelayakan sarjana muda dalam bidang berkaitan sains.



Ini seperti sains senaman dan sukan, dan sains hayat/sains bioperubatan.



Yuran kursus akan ditaja sepenuhnya dan peserta akan menerima elaun sepanjang tempoh latihan.



Kementerian Kesihatan (MOH) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) dalam kenyataan bersama berkata program baru itu sejajar dengan strategi di bawah Perancangan Perubahan Industri (ITM) Jagaan Kesihatan untuk membina teras setempat yang kukuh dengan menyediakan pelbagai laluan bagi rakyat Singapura pertengahan kerjaya menyertai sektor itu.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor, yang mengunjungi pameran previu kerjaya di SIT semalam, berkata sebanyak enam PCP dalam sektor jagaan kesihatan telah diperkenalkan sejak 2003.



Hampir 1,500 individu pertengahan kerjaya menyertai PCP tersebut, dengan sekitar 1,200 daripada mereka menyertai program kejururawatan manakala hampir 300 yang lain dalam kerjaya kesihatan bersekutu termasuk ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan, dan jururadiografi diagnostik.



Dengan penduduk yang semakin menua dan kes penyakit kronik yang kian meningkat, Dr Khor berkata karyawan kesihatan bersekutu memainkan peranan penting dalam perkhidmatan jagaan kesihatan dan sektor jagaan masyarakat.



“Mereka membantu menyokong keperluan jagaan jangka panjang pesakit kita bagi mempertingkat mutu jagaan dan mutu kehidupan pesakit. Pada masa yang sama, mereka memastikan jagaan itu mantap dalam masyarakat.



“Bagi ahli fisioterapi, mereka membantu kami dari segi peralihan jagaan daripada hospital kepada masyarakat, memastikan peralihan jagaan sedemikian... dari segi pemindahan pesakit, keluar hospital, dan penyelarasan jagaan daripada institusi jagaan kesihatan ke rumah mereka, diuruskan dengan baik,” katanya.



Peserta PCP baru itu akan menyertai program tersebut sebagai pelajar tahun kedua dan menghadiri kelas bersama pelajar dalam PCP bagi Ahli Fisioterapi sedia ada.



PCP bagi Ahli Fisioterapi sedia ada itu merupakan program empat tahun dan disasarkan kepada mereka yang memiliki diploma daripada politeknik, Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘A’, diploma International Baccalaureate (IB) atau diploma NUS High School.



Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau memohon bagi PCP baru itu boleh melungsuri http://www.wsg.gov.sg/programmes-and-initiatives/professional-conversio….




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >