Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program tukar kerjaya kepada fisioterapi baru diperkenalkan

Feb 09, 2019 | 01:33 PM



MEREKA yang ingin menukar kerjaya menjadi ahli fisioterapi kini boleh melakukan demikian menerusi satu Program Penukaran Profesional (PCP) baru.



PCP bagi Ahli Fisioterapi (Dipercepatkan) itu, yang akan bermula September ini, disasarkan kepada individu pertengahan kerjaya yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan sains.



Ini termasuk sains senaman dan sukan dan sains hayat/sains bioperubatan.



Di bawah PCP itu, Institut Teknologi Singapura (SIT) menawarkan program sarjana muda sains (kepujian) dalam fisioterapi selama dua tahun dan lapan bulan.



Tempoh pengajian program baru itu lebih pendek jika dibandingkan dengan PCP dalam Fisioterapi yang sedia ada, iaitu selama empat tahun.



PCP dalam Fisioterapi yang sedia ada itu bagaimanapun disasarkan kepada individu pertengahan kerjaya yang mempunyai kelulusan diploma dalam bidang berkaitan sains atau peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘A’.



Sejak 2003, hampir 1,500 individu pertengahan kerjaya telah menyertai PCP dalam sektor jagaan kesihatan, dengan sekitar 1,200 daripada mereka menyertai program kejururawatan manakala bakinya pula dalam kerjaya kesihatan bersekutu.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor, yang mengunjungi pameran previu kerjaya bagi kerjaya kesihatan bersekutu di SIT hari ini (9 Feb), berkata kerjaya kesihatan bersekutu adalah penting bagi tenaga kerja jagaan kesihatan.



Ini terutamanya sedang penduduk negara ini semakin menua dan terdapat kes penyakit kronik yang semakin meningkat.



"Ahli fisioterapi memainkan peranan penting dalam memastikan peralihan jagaan bagi pesakit dan membantu pesakit mencapai mutu kehidupan lebih baik menerusi pemulihan," kata beliau.



Mereka yang ingin menyertai PCP bagi Ahli Fisioterapi (Dipercepatkan) boleh lungsuri laman http://www.wsg.gov.sg/programmes-and-initiatives/professional-conversion-programmes.html.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >